Monday 28 October 2013

Gadis Tuntut 21 Bellion dari kerajaan Malaysia

Gadis Tuntut 21 Bellion dari kerajaan Malaysia

Gadis Tuntut 21 Bellion dari kerajaan Malaysia | Laporan polis yang tersebar di dunia online. Laporan yang dibuat di sebuah balai polis di Negeri Sembilan pada 17/10/2013. Sejauh mana keaslian salinan laporan polis ini masih diragukan namun boleh jadikan ia sebagai santapan santai kita semua. Kalau tak ada yang pelik-pelik sebegini tak seronok juga kan.

Seorang wanita bernama yang Khamsiah menuntut RM21 bilion kerana kononnya sudah dijanjikan Allah sebelum dia lahir lagi bakal menerima wang berkenaan. Disebabkan dia lahir di Malaysia, dia berhak menuntut wang berkenaan daripada Kerajaan Malaysia. Bagaimana agaknya perasaan pegawai polis yang nak menerima laporan tersebut. Mudah-mudahan dia dapatlah wang tersebut! he! he!

nak bagi korang komen la di bawah, abang burn malas nak komen apa-apa. heehe
Read More

Mahfuz "Sumpah" Fitnah Yang Dilemparkan Blogger Umno Palsu!

Mahfuz Omar
Mahfuz "Sumpah" Fitnah Yang Dilemparkan Blogger Umno Palsu! - YAN - “Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak buat mesej ini (fitnah) kepada mana-mana pihak,” kata Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menafikan beliau bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pernah mendapat rawatan penyakit mental.

“Saya nak respons terhadap mesej itu yang saya anggap sebagai satu cubaan untuk memfitnah saya dengan dimuat turun seolah-olah SMS itu ataupun maklumat itu adalah daripada nombor saya.

“Saya menerima mesej ini selepas dihantar oleh kawan-kawan yang bertanyakan adakah benar saya telah pun menghantar mesej itu kepada semua orang kerana katanya, dia melihat dalam blog pun ada mesej sama yang turut memaparkan nombor telefon saya,” katanya di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

SMS itu menyebut: “Calon BN Sungai Limau itu, Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya, tapi jadi cikgu sementara saja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik saja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tanjung Malim. Ramai orang tidak kenal beliau di Dun Sungai Limau. Fikirlah”.

Mahfuz berkata, SMS itu mungkin dilakukan oleh golongan pengamal politik kotor yang cuba menjatuhkan karier politiknya.

“Isunya ialah dia cuba membuatkan saya menuduh Sohaimi pernah mendapat rawatan penyakit mental. Ini satu fitnah. Bagi saya ini satu perbuatan keji untuk menimbulkan provokasi bagi mencetus kebencian dan kemarahan rakyat serta menghilangkan suasana politik damai yang sedia wujud di Dun Sungai Limau.

“Saya percaya, selepas ini mungkin calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat juga bakal menerima fitnah-fitnah yang seperti ini untuk memburukkan imej Pas dan calon Pas itu sendiri. Saya tidak tahu siapa yang buat perkara ini,” katanya.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, berharap,  dengan penjelasan yang dibuatnya itu, ia dapat menjawab pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh masyarakat.

“Saya bukanlah seorang ahli politik yang bodoh untuk memburukkan imej saya dengan politik rendah moral,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Mahfuz berkata, beliau akan mendapatkan khidmat nasihat peguamnya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

“Cukup sekadar bersumpah. Saya tidak menghantar ataupun memanjangkan mesej seperti ini,” katanya.

Read More

ARDI HAMZA PEMBUNUH PENGAWAI BANK AMBANK MENETAP DI KLANG

    1.     Akaun Facebook Ardi Hamza :

2.     Akaun Facebook Nurul Ayu Rahmadani (Isteri Ardi):
 
ARDI HAMZA PEMBUNUH PENGAWAI BANK AMBANK MENETAP DI KLANG - "Dalam kejadian pada pukul 6, Norazita 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya. Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.

*Menurut maklumat yang diterima melalui media elektronik, pembunuh (Ardi Hamza adalah seorang warganegara Indonesia dan mempunyai kad pengenalan palsu lengkap yang membolehkan dia membuka akaun Ambank- rujuk post Amenoworld) masih belum dapat ditangkap dan pihak polis masih dalam proses mencari pembunuh tersebut. Melalui siasatan crew kami di FB, pembunuh tersebut menetap di kawasan Klang iaitu Sri Bayu Apartment Bayu Perdana berdasarkan di wall isteri (Nurul Ayu juga seorang warganegara Indonesia) pembunuh tersebut.


Di atas kami sertakan link FB pembunuh itu dan link FB isterinya berserta maklumat tempat tinggal mereka (di bawah).


FB ARDI HAMZA SI PEMBUNUH










KOMEN KENALAN MENYEBUT BAHAWA PEREMPUAN INI ADALAH ISTERI ARDI




DIPERCAYAI TEMPAT TINGGAL MEREKA










Read More

Tuesday 1 October 2013

Jep Sepah Mohon Maaf Atas kebiadapan Perli Isteri Mat Yo

Jep Sepah Mohon Maaf Atas kebiadapan Perli Isteri Mat Yo - Baru-baru ini Jep Sepahtu memohon maaf atas tindakan beliau dalam rancangan spontan yang mungkin tidak di sukai sesetengah pihak. Tindakan memohon maaf tersebut mendapat tindak balas positif dari peminat yang menyokong Jep.
jep sepah, mohon maaf

jep sepah
Memang tidak dinafikan apa yang Jep lakukan hanya spontan semata-mata. Jep juga berpesan untuk tidak memanjang-manjangkan perkara ini.

bagi sesiapa yang belum menonton beliau perli isteri mat yo dalam super spontan 2013 musim kelima boleh menonton disini- CLICK
Read More

Gambar Lelaki Pelik Tumbuh Hidung Di Muka

Gambar Lelaki Pelik Tumbuh Hidung Di Muka - Memang sesuatu yang agak pelik apabila kita melihat seseorang itu mempunyai di bahagian dahi. Persoalannya apa yang terjadi sebenarnya? difahamkan, seorang pemuda 22 tahun telah kehilangan hidungnya semasa kemalangan dashyat tahun lepas. Jadi doktor pakar telah mendapat satu idea dengan menghasilkan satu lagi hidung di atas dahinya sebagai alternatif. Selepas 9 bulan, hidung itu telah tumbuh dan ianya akan dipindahkan untuk mengganti hidung yang sedia ada. Boleh lihat gambar di bawah ini.
nose_01
nose_02
nose_03
Read More

Monday 30 September 2013

Yana Samsudin Kantoi Adegan Tertonjol Semasa Film Adnan Sempit 3


Sinopsis Ringkas Adnan Sempit 3

Yana Samsudin Kantoi Adegan Tertonjol Semasa Film Adnan Sempit 3 - Adnan Sempit 3 mengisahkan kisah kehidupan Adnan (Shaheizy Sam) yang telah berkahwin dengan Nadia (Intan Ladyana) dan Wawa(Yana Samsudin) yang telah berkahwin dengan Bobby(Along Champ).Kalau tengok cerita Adnan Sempit yang sebelum nie hidup Adnan macam sesak sikit kan….tapi dalam Adnan Sempit 3 nie dia dah jadi kaya sebab bapa mertua dia dah bagi tanggungjawab untuk uruskan syarikat.Kehidupan 4 sahabat nie jadi lebih bahagia selepas Wawa dan Nadia disahkan hamil..

Apa yang anda terlepas pandang semasa menonton filem ini? 

Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang anda tidak menonton filem ini secara fokus. Selepas tiga kali menonton filem ini, baru admin ternampak sesuatu yang admin terlepas sebelum ini. Setiap filem mesti ada silapnya, tidak semuanya sempurna. Mungkin ada yang terlepas pandang mungkin ada yang tidak.

Admin tidak mempunyai niat untuk mengutuk, mengaibkan atau memalukan pelakon ini.
#Adnan Sempit 3 tidak pernah membosankan walaupun ditonton berulang kali.

Read More

Thursday 26 September 2013

Terkini! Mantan Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Meninggal Dunia



Terkini! Mantan Menteri  Besar Kedah Ustaz Azizan Meninggal Dunia - Al Fatihah Dihulurkan kepada Allahyarham Ustaz Azizan selaku bekas menteri besar kedah selama 5 tahun telah menhembuskan nyawa terakhirnya di hospital sultanah bahiyah Alor star Kedah.

pengorbanan beliau dalam menaik taraf institusi tahfiz di kedah amatlah dihargai lagi disanjungi diambil nyawa pulak pada hari khamis malam jumat. masyaAllah semoga rohnya dikalangan orang-orang beriman.

sumber admin dapat di fanpage YB ustaz Ahmad Yahaya.

Read More

Gambar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite


Gambar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite - Tahniah kepada pasangan selebriti Adam AF dan Fiza Elite yang baru sahaja selamat bergelar suami isteri sah dengan sekali lafaz sekitar jam 10.40 pagi tadi di kediaman pengantin perempuan.

Di bawah ini admin sertakan beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite yang dilihat berlangsung dengan cukup meriah. Kredit kepada portal rotikaya dan beautifulnara.






Read More

[KELAKAR!!] - Penyanyi Cilik Dari Malaysia Yang Sedang Meningkat Naik



[KELAKAR!!] - Penyanyi Cilik Dari Malaysia Yang Sedang Meningkat Naik - Terlebih dahulu admin ingin memohon maaf kepada cikgu yang menguplod video ini di facebook untuk dipertontonkan di khalayak ramai seterusnya admin pulak share di blog admin untuk menghiburkan pembaca-pembaca di blog ini.
difaham budak ini disuruh oleh seorang guru lelaki untuk menyanyikan lagu yang diputarkan didalam drama popular "Teduhan Kasih".
jom la tngok video dubawah kompom tak kering gusi punyalah~ 



Read More

Gagal Hubungi Azraai Khor Isu Rasuah

AZRAAI tiba di pejabat SPRM Perak di Bandar Meru Raya, Ipoh semalam bagi memberi keterangan.

Gagal Hubungi Azraai Khor Isu Rasuah - SIASATAN terhadap tuduhan rasuah membabitkan pasukan Perak sampai ke kemuncaknya apabila ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Bandar Meru Raya, Ipoh semalam.
Azraai yang memandu sendirian kereta Myvi berwarna jingga masuk ke kompleks agensi berkenaan kira-kira pukul 3 petang.
Namun, pada pukul 4.20 petang, Azraai dilihat keluar dari kompleks terbabit ke satu lokasi menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama tiga pegawai SPRM.
Azraai kemudiannya masuk semula ke bangunan tersebut pada pukul 5.40 petang.
Sehingga pukul 9.30 malam semalam, Azraai masih berada di pejabat SPRM dan usaha menghubunginya tidak membuahkan hasil.
Sumber SPRM Perak pula ketika dihubungi memaklumkan proses mengambil keterangan daripada Azraai selesai sebelum tengah malam tadi.
“Kita telah ambil keterangan semua pemain dan (keterangan) Azraai masih direkodkan. Beliau akan dibenarkan pulang selewat-lewatnya malam ini (semalam),” katanya.
Terdahulu, kapten Perak, Shahrulnizam Mustapha diikuti pemain tengah, M. Yoganathan serta pemain-pemain lain secara berperingkat-peringkat dilihat masuk untuk memberi keterangan.
Shahrulnizam ketika ditemui selepas memberi keterangan berkata, siasatan itu tidak menjejaskan tumpuannya dan barisan pemain Perak yang lain.
“Siasatan kes ini tidak mengganggu tumpuan kami untuk menghadapi perlawanan.
“Pada saya, kalau mereka (SPRM) panggil beri keterangan, kita bagi kerjasamalah,” katanya yang mengakui memberi keterangan lebih empat jam bermula pukul 2 petang hingga 6.15 petang.
Ditanya mengenai siasatan terhadapnya, Shahrulnizam menjelaskan, SPRM meminta dia memberi reaksi berdasarkan pengamatan prestasi pasukan dalam beberapa perlawanan terakhir.
“Mereka tanya ada rasa apa-apa atau nampak apa-apa,” katanya.
Kelmarin, 12 pemain Perak selain penolong jurulatih, Chong Yee Fatt dan jurulatih kecergasan, M. Pubalan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan masing-masing.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengambil tindakan drastik dengan menggantung tugas Azraai dan semua pegawai skuad Seladang selama dua minggu berkuat kuasa Isnin lalu.
Read More

Nora Disoal Siasat Kenapa Nadeem Pergi Ke Myanmar Bersamanya

Nora Disoal Siasat Kenapa Nadeem Pergi Ke Myanmar Bersamanya - RAMAI yang tahu, pelakon Nora Danish membawa pulang ‘kekasihnya’ yang dikenali dengan nama Nadeem atau nama sebenarnya Nadim Mohamed Nazri ke kampung sebelah ibunya di Myanmar baru-baru ini.


Pemergian mereka turut diiringi ibu serta kakak Nora. Bagaimanapun, apabila Nadeem menemani Nora balik ke kampung, ramai yang membuat spekulasi mungkin hubungan mereka sudah berada pada tahap yang lebih serius.
Nora yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonannya bersama Farid Kamil, Bencinta di TGV, Sunway Piramid pada Isnin lalu tidak menyembunyikan perkara tersebut.
Secara terang-terangan, Nora mengakui membawa kekasihnya itu yang juga anak kepada Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ikut serta untuk menjaga keselamatan mereka semua memandangkan keadaan bergolak yang berlaku di negara tersebut.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Nora.
Kosmo!: Apakah tujuan Nora membawa Nadeem ke Myanmar?
NORA: Nadeem menemani saya ke Myanmar lebih kepada menjaga keselamatan kami memandangkan semua yang pergi adalah wanita. Myanmar sedang bergolak dengan isu masyarakat Islam Rohing- ya, jadi Nadeem dan rakannya menemani kami dan saya berbesar hati kerana rasa lebih selamat dengan kehadirannya.
Kenapakah anda ke Myanmar?
Saya ke Myanmar kerana moyang saya yang berusia 96 tahun telah meninggal dunia pada minggu lalu. Ibu saya memang teringin sangat untuk berjumpa dengannya tetapi asyik tertangguh sehingga dia meninggal dunia. Sekarang, ibu dalam proses untuk memujuk nenek saya di Myanmar untuk tinggal bersama kami di Malaysia. Selain itu, saya juga melawat kilang produk bedak Tanaka keluaran saya.
Bagaimanakah dengan penerimaan keluarga anda di sana terhadap Nadeem?
Sebenarnya kami ada masalah bahasa, hanya ibu saya yang faham dan fasih bahasa Myanmar. Mereka tidaklah berbual banyak sangat sebab lebih guna bahasa isyarat. Setakat apa yang saya lihat semuanya okey dan dapat menerimanya dengan baik.
Tidakkah anda rasa kalian terlalu terbuka dengan hubungan cinta kerana kerap berkongsi gambar bersama peminat?
Saya tidak salahkan sesiapa apabila orang bercakap tentang kami sebab semuanya salah saya sendiri yang gatal tangan memuat naik gambar kami berdua di Instagram. Sebenarnya, saya sendiri terkejut apabila Nadeem turut membuka akaun khas kami berdua untuk tatapan peminat.
Nampaknya Nadeem seperti sudah serasi dengan dunia glamor anda?
Alhamdulillah, memang dia boleh masuk dengan dunia saya, bahkan dia sekarang sudah ada peminatnya sendiri dan cukup rajin melayan mereka di Instagram (ketawa).
Jika sudah begitu, nampaknya kalian memang tidak menyembunyikan langsung percintaan kalian. Mungkinkah itu satu tanda kalian akan berkahwin tidak lama lagi?
Buat masa ini, kami tidak terfikir ke arah itu lagi kerana masing-masing sudah ada pengalaman dengan kegagalan perkahwinan sebelum ini. Jadi, banyak perkara yang harus kami ambil kira dan fikir sebelum ambil langkah seterusnya. Siapa yang tidak mahu berkahwin, doakan yang terbaik untuk saya.
Read More

Monday 23 September 2013

Scha Al-Yahya Selesai Jalani Pembedahan Ketumbuhan Pangkal Rahimnya

 Scha Al-Yahya Selesai Jalani Pembedahan Ketumbuhan Pangkal Rahimnya - Pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir dikatakan baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahimnya pada awal September lalu.
Scha Al Yahya Ada Ketumbuhan Dalam Rahim?
Menurut isteri kepada Awal Ashaari ini, dirinya telah disahkan menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.
“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.
“Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,” katanya memetik laporan Metro Ahad.
Setelah menjalani pembedahan tersebut, doktor menyarankan Scha agar berehat selama sebulan namun disebabkan pengacara kelahiran negeri Kedah ini tidak biasa duduk diam, dia telah kembali berkerja setelah berehat selama dua minggu.
Read More

Sunday 22 September 2013

Gambar Bom Buatan Sendiri Di Kedah!

AHMAD menunjukkan bom buatan sendiri yang dirampas polis pada sidang akhbar di IPK Kedah di Alor Setar semalam.



Gambar Bom Buatan Sendiri Di Kedah! - ALOR SETAR - Polis Kedah berjaya menumpaskan kegiatan membuat bom yang dijalankan di Sungai Petani dengan penemuan 10 butir bahan letupan itu dalam serbuan di dua lokasi dalam Ops Cantas Khas kelmarin.
Dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 11.30 pagi itu, sembilan lelaki berusia 14 hingga 49 tahun diberkas.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pemeriksaan mendapati tiga daripada bahan yang dirampas itu telah siap dibuat manakala selebihnya masih dalam proses pembikinan.
Turut dirampas dalam serbuan di sebuah rumah dan bengkel itu ialah peralatan membuat bom seperti belerang, paip PVC dan besi.
"Siasatan mendapati kekuatan bom yang dihasilkan itu boleh membunuh dan sekiranya diletakkan di bawah kenderaan, ia boleh melambung setinggi tingkat dua atau tiga sesebuah bangunan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam.
Read More

Nelydia Senrose - Usia Saya Tidak Menjadi Penghalang Untuk Serius Dengan Qi Razali

Nelydia Senrose - Usia Saya Tidak Menjadi Penghalang Untuk Serius Dengan Qi RazaliBukan mudah memuaskan hati semua orang apabila bergelar anak seni. Ada saja cerita diperbesarkan walaupun ia perkara kecil, apatah lagi kisah cinta. Itulah yang dilalui pelakon yang kian menempa nama, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen atau lebih nama pentasnya, Nelydia apabila hubungan cintanya dengan hos terkenal, Qushairi Razali (Qi) dipertikai peminat berikutan perbezaan usia yang jauh.
Pun begitu bukan semua tidak suka, ada juga yang ‘merestui’ hubungan itu dan mendoakan kekal hingga ke jenjang pelamin. Bagi Nelydia, soal usia perkara remeh dan tidak wajar dibangkitkan. 
Apa yang lebih dipentingkan dia selesa dengan jejaka itu. Lagipun, pada usia pertengahan 30-an, Qi matang dan ada banyak ciri ketua keluarga yang dicarinya. 

“Biarlah orang bercakap apa pun. Masing-masing ada pandangan sendiri dan saya tidak dapat menghentikan mereka daripada terus berfikiran ataupun berkata bahawa kami tidak sepadan.


“Pada saya, jarak usia 10 tahun bukan masalah kerana apa yang lebih penting adalah keserasian. Dia lelaki yang matang dan bertanggungjawab. Ciri-ciri yang ada padanya itu sudah memadai bagi saya,” katanya.
Read More

Saturday 21 September 2013

[GAMBAR] Bunuh Kejam, Vagina Di Tusuk Senapang

[GAMBAR] Bunuh Kejam, Vagina Di Tusuk Senapang - terbunuh atau dibunuh persoalan yang timbul dalam minda kita.

menerusi gambar dibawah senapang itu tertusuk di kemaluan, kalau nak difikir logik macam mana pulak si mati boleh bangun dan kemudian melepaskan tembakan masuk kedalam kemaluannya.?

bagi pendapat abang burn la, ia bukannya bunuh diri secara tidak sengaja tetapi dibunuh. berita tidak dapat dipastikan kerana sumber yang diperolehi bukan dari media yang boleh dipercayai.. ia hanyalah semata-mata anggaran dari bang bur sendiri.


Read More

Gelagat Melucukan Di Barat Semasa Menaiki Bas Awam

Gelagat Melucukan Di Barat Semasa Menaiki Bas AwamPengangkutan awam yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, dan itu adalah sesuatu yang boleh menjana situasi seperti yang kita lihat dalam imej, orang agak jarang berlaku. Pasti imej-imej kiri ramai yang kagum dengan kenyataan mudah bahawa mereka adalah perkara yang kita tidak akan lakukan dalam keadaan biasa, mujurlah cukup lucu

gambar pelik manusia

kisah pelik manusia gambar

kisah pelik manusia gambar

kisah pelik manusia gambar


kisah pelik manusia gambar








Read More

Pekerja binaan jumpa ‘lintah gergasi’


Pekerja binaan jumpa ‘lintah gergasi’ - Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.
Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya
Read More

PANAS! ~ Ika Nabila Bidas Isu Gambar Bikini & Anjing

PANAS! ~ Ika Nabila Bidas Isu Gambar Bikini & AnjingKUALA LUMPUR, 20 SEPT 2013: Setelah dikatakan mengamuk dek kerana permintaan yang melampau daripada pengikutnya di Instagram, Ika Nabila telah memuatnaik gambar anjing di laman sosialnya itu sebagai habuan kepada pengikut-pengikut yang biadap itu.

Ika Nabila Jawab Isu Muatnaik Gambar Anjing & Bikini

Tindakan aktres berusia 24 tahun itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Tidak kurang yang menyokong dan sudah tentunya banyak juga yang menghentam ekoran tindakannya itu. Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim merasakan tindakannya itu wajar sebagai pengajaran kepada komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

"Mereka biadap dengan saya dan pengajaran untuk orang yang biadap pada saya wajar diajar sedemikian(memuatnaik gambar anjing). Saya memang sengaja nak bagi mereka terkejut supaya mereka sedar batas-batas kalau nak utarakan komen di Instagram.

"Saya tak suka nak layan orang yang biadap dan tidak ada budi bahasa seperti itu. Tapi pada saya jika mereka nak cari pasal, dengan komen melampau seperti itu, memang itulah caranya untuk sedarkan mereka.
"Tujuan saya memuatnaik gambar untuk kongsikan dengan peminat apa yang saya tengah lakukan. Kalau nak seksi dan sebagainya baik saya privatekan akaun saya,"jawab Ika ketika ditemui di acara peragaan busana Cheongsam The Weld Oriental Rhapsody di The Weld, Selasa, semalam.

Tindakan Ika dilihat seperti cepat melatah dan bertindak agresif dengan situasi tersebut namun pelakon Tanda Putera itu akui jika diberi pilihan dia tidak mahu dilihat sedemikian. Tetapi pada ketika itu dia yang sedang bercuti merasakan percutiannya terganggu kerana permintaan biadap pengikut di Instagramnya itu
"Bayangkanlah, saya sedang bercuti dan tujuan saya kongsi gambar itu untuk tatapan peminat saya. Lagipun saya bukannya pakai bikini, itu adalah baju selam skuba. Saya tidak tahu mengapa mereka fikir saya ini sengaja mahu mencetuskan kontroversi memuatnaik gambar saya menyelam ketika itu.

"Mereka yang salah tafsiran dan mencetuskan kontroversi dan saya hanya mahu mengajar mereka yang tiada kerja ini supaya tidak biadap. Itu sahaja. Saya tidak block pun mereka sebab saya nak ajar adab kalau nak komen di Instagram orang lain,"tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Ika berharap isu ini akan tidak berpanjangan kerana dia tahu ramai yang memberi perhatian kepadanya. Menurutnya, tindakan tersebut diambil untuk mengelakkan perkara sama berulang lagi dimasa akan datang.

Pada petang itu, Ika bersama selebriti tempatan lain telah tampil menggayakan cheongsam rekaan Sunny Ng daripada Shanghai Sin bersama penaja Rafflesia untuk acara The Weld Oriental Rhapsody yang turut menampilkan pereka Bill Keith, Keith Kee dan ratu cantik Ms Cosmos Chinese.
Read More

Taktik Licik Menipu Guna Gelaran "Datuk Seri"

Taktik Licik Menipu Guna Gelaran "Datuk Seri"Georgetown: Kerjanya hanya sebagai pemandu lori, tetapi taktik liciknya menggunakan gelaran palsu ‘Datuk Seri’, berjaya memperdayakan 13 individu sekali gus melakukan penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM7.3 juta.
Tindakan lelaki berusia 49 tahun itu terbongkar apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan JSJK Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara (IPDSPU), melakukan serbuan di sebuah pangsapuri mewah di Kampung Gajah, Butterworth, di sini, Rabu lalu.



Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, serbuan pada jam 10.20 malam itu hasil risikan dan pemantauan selama sebulan dan pihaknya membongkar sindiket penipuan itu selepas menahan dua lelaki berusia 34 dan 49 tahun serta seorang wanita berusia 42 tahun dipercayai isteri suspek.

Beliau berkata, selain itu, dua wanita warga Indonesia berusia 24 dan 42 tahun tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah serta seorang bayi lelaki berusia dua bulan turut ditahan.

Katanya, modus operandi kumpulan itu sangat licik apabila suspek menyamar sebagai Datuk Seri dan isterinya sebagai Datin Seri yang didakwa diperoleh daripada Sultan Johor, sekali gus memperdayakan mangsa dengan dakwaan mempunyai pelbagai projek perumahan termasuk 100 unit di Taman Setia Bukit Jambul, dekat sini, dan Australia.

“Mereka turut mengaku memiliki dana bernilai RM6.9 bilion yang diperoleh dari Australia selain mengaku mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Johor.

“Mereka menyamar pegawai bank dan peguam yang bertauliah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini semalam.

Abdul Rahim berkata, polis merampas wang tunai RM361,000, tujuh keping cek bernilai RM7,500, empat kotak barang kemas, empat kalung emas dan tiga rantai emas bernilai RM200,000.

Beliau berkata, turut dirampas pelbagai dokumen termasuk surat arahan pengeluaran wang, surat kebenaran, surat pelantikan dan beberapa akaun bank di atas nama Maria Razal a/l Maridas, beberapa keping cek, kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta peralatan menulis.

Katanya, rampasan itu turut babit dua keping replika cek bernilai RM10,000 untuk disumbangkan kepada Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Pulau Pinang (JAKPAW) bertarikh 31 Julai 2013 dan RM30,000 untuk disumbangkan kepada Tabung Wira Lahad Datu pada 17 April 2013.

“Siasatan lanjut mendapati kegiatan penipuan ini dilakukan suspek sejak 2008 dan setakat ini, 13 orang sudah menjadi mangsa dan sehingga kini tiga laporan polis sudah diterima bersabit dengan kegiatan penipuan itu.

“Kelima-lima suspek ditahan reman mulai semalam (kelmarin) hingga 24 September ini, manakala bayi berusia dua bulan yang masih disiasat identitinya itu akan dihantar ke rumah Pusat Jagaan Kanak-Kanak,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun atau tidak melebihi 10 tahun atau sebatan atau denda.

Abdul Rahim berkata, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar diri dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan juga Akta Penggubahan Wang Haram 2011, ATIPSOM 2007 dan Seksyen 56(1) kerana melindungi pendatang tanpa izin.
Read More
Designed By Seo Blogger Templates