Wednesday, 2 April 2014

PELIK !! MANGSA ragut tolong PERAGUT terperangkap

Kisah pelik peragut badan begini besar tough tahu takut minta tolong dan nasib si mangsa ragut simpati dalam banyak kes mangsa ragut selalunya yg mati dan hidup lumpur. Subhanallah
Foto Peragut dibawa keluar dari dalam lubang di Sungai Klang berhampiran Pasar Seni. Mymetro
Kuala Lumpur: “Tolong selamatkan saya.” Itu jeritan lelaki berusia 28 tahun selepas terperangkap dalam lubang di Sungai Klang berhampiran Pasar Seni di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari, lelaki berasal dari Pekan, Pahang itu dilaporkan terjun ke dalam sungai berkenaan untuk bersembunyi apabila dikejar orang ramai selepas meragut beg tangan milik seorang wanita berusia 35 tahun juga kakitangan sebuah bank di kawasan berkenaan.
Menurut sumber, suspek menjerit meminta pertolongan daripada mangsa dan beberapa orang awam lain bagi membantu mengeluarkannya daripada lubang berkenaan selepas kakinya tersangkut. Suspek dilaporkan panik apabila air sungai berkenaan tiba-tiba naik mendadak.
“Mangsa yang bersimpati dengan nasib penjenayah terbabit segera menghubungi polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum usaha mengeluarkan lelaki terbabit dilakukan. Usaha mengeluarkannya mengambil masa sejam sebelum lelaki terbabit terus ditahan polis,” katanya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku apabila suspek meragut beg tangan mangsa yang berjalan bersama rakan di Lebuh Pasar Besar, di sini.  
Sumber : Mymetro
Read More

Monday, 31 March 2014

HANGAT!! Isu MH370 dan Pengkalan Tentera Rahsia Amerika Di Pulau Diego Garcia


Terletak di tengah lautan berhampiran lautan hindi yang kini hangat dengan isu kehilangan MH370. Pulau Diego Garcia bukan sebuah pulau peranginan dan penempatan walaupun ianya cantik tetapi sebagai pengkalan ketenteraan.


Amerika Syarikat. Kedudukan yang strategik di antara Asia Timur dan Asia Barat, ianya tersembunyi dari mata dunia yang sebenarnya menjadi pengkalan tentera rahsia U.S.


Terletak di tengah-tengah Lautan Hindi, Lautan wilayah British India. Diego Garcia adalah asas strategik utama yang bertindak sebagai kawasan pementasan untuk kapal tentera laut, pengebom jarak jauh, kapal udara, dan lain-lain aset ketenteraan yang misi membawa mereka ke Afrika, Asia, dan timur Tengah.


Misi kononnya untuk keamanan dan keselamatan digunakan termasuk statusnya sebagai salah satu tapak pendaratan kecemasan Space Shuttle, dan hosting salah satu daripada 3 tanah untuk Sistem Penentu serta pemantauan kedudukan Global (Global Positioning System’s) juga berfungsi sebagai Rangkaian Pengawasan Angkasa USA.

Perjanjian UK / US yang bertukar pulau ke sebuah pangkalan tentera telah ditandatangani pada tahun 1966. Ia berlangsung sehingga tahun 2036, tetapi sama ada kerajaan U.S boleh memilih untuk keluar pada pada tahun 2016. Sementara itu, terdapat perkara yang bukan remeh dalam kos pemembekalkan ketenteraan, postdam tentera, memperbaiki sistem dan operasi infrastruktur ketenteraan yang tinggi di pulau itu. - Sumber



















Anda dapat bayangkan tujuan apakah pengkalan ini dibina di pulau yang terletak di tengah-tengah Asia ini.Tetapi ianya agak sunyi dari mata dunia.
Apa matlamat sebenar pengkalan ini dibina di tengah-tengah lautan yang sunyi dan jauh dari Tanah Amerika Syarikat. Dunia kini hanya senyap seribu tanpa berkata apa-apa.

Sumber : idasyuhada.blogspot.com
Read More

Menyesal Giler Aku Kahwin…………. . Fakta yang perlu semua lelaki tahu !

Menyesal Giler Aku Kahwin………….



Ini cerita aku…..
Aku baru je kawin, ngan pilihan mak aku.
Aku tak penah kenal pon dia.
Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la.
Arghh, nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape.
Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha.
Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.
Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound.
“Jom la bang tido…”.
Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.
Kesian kena buli..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape.
Boleh makan best2, sebab beli kat kedai..
Tapi skarang, huhu..
Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan!
Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la, pedas la….
Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.
Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.
Arghh, nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape..
Kira berbelanja tanpa waswas la.
Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata.
Hohoho..
Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli.
Tade dalam list, tak leh amik!!
Dah la berejam-jam pusing..
Leceh tol la orang pompuan nih.
Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall.
Aku je yang muka tensen.
Arghh, nyesal giler kawin…
Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat..
Ala Korea bleh, ala Balotelli pon bleh buat, tade orang sound.
Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound..
Dia kata x hensem la, x kemas la..
Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh!!!
Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang.
Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..)
ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja.
Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..).
Ape lagi, menjerit la aku kat situ.
Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..
Arghhhh!!! first time kot rasa malu giler camtu.
Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja.
Sakit wooo bini aku cubit.
Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..
Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..
Sume dah ready made.
Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.
Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.
Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..).
Pastu baju2 bergelimpangan atas katil.
Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.
Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je..
Yela, kira ade orang take care la. Total Care!! Hehehe..
Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..
Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la..
Maklum la dah ade P.A.
Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.
Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran..
Hmm sejuk hatiku.
Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik.
Jadi kena ade yang tolong ingatkan.
Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..
Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..
Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek? hihihi…
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..
Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge..
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hehehe sweet x?


Sumber:  Fuh.My 
Read More

Friday, 28 March 2014

Sebab kenapa MUSLIM perlu boikot MEDIA BARAT mulai sekarang.Ya anda perlu boikot!

Media Barat kini telah memanaskan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan mengaitkan penglibatan pengganas muslim sebagai penyebab utama kejadian kehilangan aneh ini. 


Dalam video tersebut, individu yang bernama Cenk Uygur dari rancangan 'The Young Turks' secara sarcastic - menyindir Fox News yang asyik menyalahkan orang Islam sebagai pengganas dan mengaitkan pilot dan co-pilot pesawat MH370 yang merupakan muslim sebagai kemungkinan pengganas.

Sebenarnya inilah yang media barat inginkan dengan mengapi-apikan isu ini dimata dunia dengan menyalahkan orang Islam sebagai pengganas seperti yang telah berlaku di negara-negara arab Islam.
*Anda sebagai pembaca sama-samalah menilai sendiri media barat ini.





Read More

Thursday, 27 March 2014

Hairan ! Pelik ! semuanya bergabung .

Cerita semalam…



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apa khabar anda semua? Saya harap anda sihat dari segi mental dan fizikal. Saya rasa saya sihat dari segi fizikal tapi tak rasa sihat dari segi mental dan emosi.

1. Kelmarin  saya perhatikan sidang media yang diadakan oleh pihak kerajaan dan pihak yang terlibat dalam misi kehilangan pesawat MH 370. Banyak soalan yang dikemukakan oleh pihak wartawan tapi  apabila jawapan diberikan, mereka rasa kecewa kerana asyik pi, mai, pi, mai, dok tang tu jugak. Lepas tu, menteri dan mereka yang mengadakan sidang akhbar tu cepat-cepat beredar bila ramai wartawan tak berhenti-henti bertanya.

2. Selepas tu, saya menonton pulak berita dalam Bahasa Mandarin yang menunjukkan wakil kerajaan Malaysia yang mengadakan sesi taklimat di Beijing, Negeri China. Saya terkejut melihat reaksi mereka yang mengadakan sesi tu. Saya nampak seorang pegawai ( Melayu) yang keluar dari bilik di mana sesi taklimat tu dengan cara tergesa-gesa kerana tak dapat menjawab soalan daripada pihak wartawan dan mungkin jugak waris penumpang di dalam pesawat tu.

3. Ada di antara mereka yang naik berang dan menjerit-jerit bila bercakap atau mengutarakan soalan. Insiden ni tak ditunjukkan dalam rancangan berita berbahasa Melayu. Kenapa... ya? Alasannya mestilah kononnya tak mahu merisaukankan hati waris penumpang pesawat tu. Apa natijahnya kalau mereka bersikap begini? Mungkin agaknya selepas ni susah jugak rakyat Malaysia ( terutama orang Melayulah tu) nak pergi ke negara tu nanti.

4. Satu lagi soalan yang ditanya oleh wartawan ialah adakah pesawat tu bawa barangan yang berharga? Jawapan yang diberikan ialah manggis  dan beratnya 4 tan metrik. Munasabahke pesawat eksklusif tu bawa buah manggis seberat tu sedangkan sekarang ni bukan musimnya dan waktu kemarau ni tak rosak ke kalau bawa buah tu?

5. Jawapannya yang tak logik telah membuktikan kelemahan  pihak pemerintah yang tak boleh beri apa-apa jawapan yang konkrit seperti yang diinginkan oleh semua pihak. Bila kerajaan Australia mengumumkan  satelit mereka nampak objek di Lautan Hindi, kerajaan Malaysia pulak kata tak semestinya objek tu serpihan daripada rangka MH 370 tu.

6. Tapi takkanlah kontena tiba-tiba boleh terapong-apong kat tempat terpencil yang dikeliling oleh jerung putih tu? Kemungkinankah bangkai pesawat ni telah dijumpai dan laporan yang berbelit-belit tu disiarkan adalah untuk melindungi sesuatu ...., tak???!!!Kalau ada ancaman atau tujuan untuk melaga-lagakan hubungan negara kita dengan Negara China, nampaknya pihak tertentu dah berjaya kot?

7. Bercakap tentang submarine yang tak boleh berfungsi tu kalau berlaku peperangan atau insiden seperti ini, saya teringat dulu sewaktu P.M. jadi Menteri Pertahanan. Jet-jet pejuang yang dibeli tu ialah kapal terbang yang nak dilupuskan oleh Kerajaan Amerika di kawasan pelupusannya. Masa tu berita tu diuar-uarkan oleh media luar negara. Isu itu pun heboh diperkatakan sebab banyak kapal terbang terhempas dan ramai juruterbang yang maut dalam kemalangan yang membabitkan pesawat tersebut. Kali ni submarine tu tak boleh digunakan sedangkan harganya yang berbilion RM tu boleh bayar hutang negara,tau! Siapa nak siasat perkara ni? Nak panggil C.I.A. ke ataupun N.Y.P. D.?

8. Sampai sekarang semua ni menjadi tanda tanya. Kotak hitam yang dibuat daripada titanium tu boleh jadi makanan ya'juj dan makjuj. Jadi, tak mustahil perkara ni kemungkinan boleh berlaku. Sebagai orang Islam, kita tak boleh menafikan hal ini.

Jadi, berdoalah untuk melihat kebenaran supaya misteri kehilangan MH 370 itu akan terjawab akhirnya.

Sekian dulu, wassalam.     


-Artikel bukan ditulis oleh admin

Artikel dihantar oleh Sang Pencheritera

sumber : Dramaraja.blogspot.com
Read More

Wednesday, 26 March 2014

MH370 : Malaysia Ditipu? Tertipu? Atau Sengaja Ditipu?

MH370 : Malaysia Ditipu? Tertipu? Atau Sengaja Ditipu?


Penduduk di Maldives telah menjumpai objek yang dikatakan sebagai bom dimana kalau dilihat adalah sebahagian daripada objek dari pesawat. Mereka pernah melihat kapal terbang dengan jalur seakan pesawat MAS terbang rendah di kawasan itu akan tetapi dinafikan.

Adakah pesawat disorokkan oleh mereka (pihak tertentu ) dan kemudian mereka memberitahu Malaysia bahawa ianya telah hilang dengan gula-gula coklat hacks data setelit yang hanya mereka je boleh tipu sebab data tu diaorang je boleh pantau dan keluarkan. Semua tu tak boleh dijawap selagi tak jumpa apapapun bangkai pesawat. Kenapa nak cakap penumpang semua dah mati?. Perdana menteri pun tak keluarkan kenyataan tu. Media je sibuk dengan takziah kehilangan, RIP lah padahal jumpa pesawat belum lagi. Kalau dah jumpa bangkai pesawat barulah boleh nak cakap RIP lah, apalah..yang penting cari dulu bukti terhempas baru boleh kuar kenyataan. jangan dengar cakap negara luar yang monopoli nak jatuhkan negara islam ni. selagi diaorang tak dapat kawal perairan negara selagi tu lah benda ni berlaku.

Mereka kuasa besar dah dapat kuasai banyak perairan di dunia ni cuma asia tenggara je belum sepenuhnya. rasanya tulah agenda mereka nak tau kekuatan tentera, berapa radar tentera kita ada, jumlah alat ketenteraan kita ada, bagaimana kita nak guna alat ini bila kecemasan atau darurat. So kalau berperang, senang dah tau dah kekuatan yang kita ada. Kenapa kita malaysia nak dengar cakap US ke UK ke. Padahal diaorg dari dulu dah pasang spy intip gerak geri pemimpin kita sendiri?.kita lagi dengar cakap mereka tu. kita ada bantah diaorang pasang spy intip malaysia? xdelah pulak.. cuba tengok indonesia, siap demo bagai.

"An object which looks like an explosive had on Monday washed up on the beach of Baarah in Haa Alif Atoll.According to Haveera Newspaper, a police media official said that the islanders had found the object, washed up on the beach sometime early in the evening.

He also reported that police had responded immediately by arriving at the scene and in turn reporting to Maldives National Defense Force (MNDF).The official informed that they do not known what it was, and that MNDF would determine its origins and whereabouts.

"MNDF is now at the island and preparing its extraction", the official said.

baca artikel : 

MH370 : Malaysia Ditipu? Tertipu? Atau Sengaja Ditipu? 

sehingga habis !


While some of the islanders speculate this unknown object to be a sea mine, others imagine it as another form of an explosive.Farah Ahmed of Haveeru newspaper originally reported the islanders’ accounts of seeing the odd, low-flying plane with Malaysia Airlines’ stripe emblem and colors.

Several residents of Kuda Huvadhoo in the Maldives told Haveeru newspaper reporters that they saw a low flying jumbo jet” at around 6:15am on March 8.They described the plane as being a white aircraft, with red stripes across it – what the Malaysia Airlines flights typically look like and they noted the incredibly loud noise the flight made when it flew over houses in the island. Read more about the cover-up of this sighting.

The MNDF spokesperson major Hussein Ali reported that they are now looking into this "unknown" object. He did not give details."

Adakah Bom ini seakan gambar di bawah ini ?. Macammana boleh sampai sana?.. adakah kita dikudakan oleh UK dengan data-data satelitnya yang boleh di dibuat atau dicipta?

Boeing Aircraft Fire Extinguisher 


Read More

Tuesday, 25 March 2014

MH370: Redha nya seorang isteri , Allahuakhbar !!!.Hanya Allah swt sahaja mengetahui perancangannya.

MH370: Redha nya seorang isteri , Allahuakhbar !!! .Hanya Allah swt sahaja mengetahui perancangannya.

KUALA LUMPUR: Bukan senang untuk menerima hakikat kehilangan pesawat yang berakhir di Lautan Hindi.

Begitulah yang dialami ahli keluarga penumpang serta anak kapal penerbangan MH370.

Biarpun sukar bagi pihak media untuk mendapatkan reaksi mereka, akan tetapi kemaskini di laman media sosial peribadi meruntun jiwa sahabat serta keluarga terdekat mereka.

MH370 Intan Rain

Bagi Intan Maizura Othaman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan, harapan untuk suaminya pulang masih kekal di kotak pemikirannya sejak hari pertama kehilangan pesawat itu dilaporkan.

Dia tetap optimis bahawa suaminya akan pulang ke pangkuan keluarga pada masa akan datang.

MH370: Redha nya seorang isteri , Allahuakhbar !!! .Allah swt sahaja mengetahui perancangannya.
Teruskan kehidupanmu .Teruskan tabah mengahadapi segalanya.

MH370 Intan Rain

Biarpun misteri kehilangan pesawat itu terus menghantuinya, Intan terkejut dengan laporan pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi.

Baginya, dia perlu tabah dan kuat untuk dalam melalui situasi ini terutamanya untuk memberitahu insan kesayangannya, Iman dan Muhammad bahawa bapa mereka sudah tiada.

Dia masih ingat janjinya kepada Hazrin untuk menjadi pemimpin kepada bidadari di syurga. Ingatan itu disulami doa moga dipertemukan mereka di syurga di samping

Intan terus berdoa moga suaminya ditempatkan di kalangan orang beriman.

MH370: Redha nya seorang isteri , Allahuakhbar !!! .Allah swt sahaja mengetahui perancangannya.

Read More

Pesawat MH370 'dikawal dari jauh' . Ustaz Manzil menjelaskan! Allahuakhbar.

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.
Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.
Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.
Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……
Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..
Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.
Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.
Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.
“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”
Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.
Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.
Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.
Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. – USTAZ DARUL MANZIL

Sumber : terengganutoday.com
Read More
Designed By Seo Blogger Templates