Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Monday, 24 March 2014

Elak fitnah. Syamsul Yusof tidak ingin berkongsi kisah pertemuan bersama Puteri Sarah Liyana.

Walaupun masih lagi dalam keadaan lemah dan tidak sihat akibat serangan demam denggi sejak Selalu lalu, pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, tetap meneruskan majlis pernikahannya. Dengan hanya sekali lafaz, pengarah filem terkenal ‘KL Gangster’ ini sah bergelar suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana, 29, di majlis ijabkabul yang berlangsung di Masjdid Al-Muqaramah, Sri Damansara, pada Sabtu lalu.
Kata beliau:
“Saya tak mahu menyusahkan orang, sebab tu saya mahu juga bernikah pada hari ini (Sabtu lalu). Segala persiapan untuk majlis nikah sudah dibuat ole ibu bapa saya dan juga keluarga mertua dan isteri saya. Mereka bersusah payah mengatur majlis ini. Saya bersyukur semuanya berjalan lancar.
“Ada 1001 hikmah, saya diserang demam denggi tapi biarlah saya saja yang tahu semua itu”, kata Syamsul ketika ditemui pada sidang media ringkas yang diadakan sejurus ussai majlis ijabkabul.
Apabila diajak berkongsi cerita mengenai detik perkenalannya dengan Puteri Sarah Liyana, Syamsul tidak ingin mendedahkannya kerana bimbang bagi mengelakkan daripada berlaku fitnah.
Menurutnya, dia lebih selesa untuk merahsiakan semua hal peribadi termasuk kisah percintaanya bersama isteri berbanding mendedahkannya kepada umum.
“Biarlah kisah pertemuan dan percintaan kami menjadi hak peribadi dan hanya Sara sahaja yang tahu. Saya tidak mahu bila ia diceritakan nanti akan timbul cerita-cerita tidak benar yang jatuh kepada fitnah,” katanya.
Ditanya tentang keistimewaan Puteri Sarah di matanya, Syamsul berkata, wanita itu mempunyai ciri-ciri seorang isteri solehah yang boleh dibimbing.
Disoal mengenai perubahan yang berlaku dalam diri beliau, penhijrahannya pula, Syamsul jua enggan berkongsi mengenai hal tersebut. Secara ringkas dia hhanya berkata”,
Malah dia juga mengakui sentiasa belajar lebih banyak ilmu agama bagi menjadi seorang suami dan ketua keluarga yang baik.
Majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul.
Manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 18 April depan, serentak dengan majlis resepsi adiknya, Syafiq Yusof.
Pasangan ini merancang menunaikan umrah pada Ramadhan akan datang sekali dengan percutian bulan madu mereka.
Alhamdulillah, semoga meraka berdua bahagia dan sentiasa mendapat rahmat Allah. 
Read More

Wednesday, 12 February 2014

Nabil Kecewa Dapat Nombor Last Dalam Maharaja Lawak Mega Dan Berhasrat Bersara?

Nabil Kecewa Dapat Nombor Last Dalam Maharaja Lawak Mega Dan Berhasrat Bersara? - Ramai sungguh selebriti yang merajuk selepas dikecam peminat. Salah-satunya baru-baru ini adalah pelawak, Nabil Ahmad. Beliau mengakui tidak akan memasuki apa-apa pertandingan lawak yang bertanding dengan pelawak berkumpulan selepas ini melainkan program tersebut memerlukan pelawak-pelawak bersaing secara solo.
Katanya ianya tiada kena-mengena dengan insiden lawaknya terhadap Luna Maya sebelum ini.
“Seperti saya cakap sebelum ini, saya tidak akan masuk pertandingan lagi melainkan program itu memerlukan semua bertanding secara solo, kalau tak, saya tak akan sertai lagi.”
Nabil Ahmad Merajuk, Tidak Akan Masuk Pertandingan Lawak Lagi?
“Lagipun sebelum ini saya pernah masuk secara berkumpulan dengan Boboi dan dapat nombor tiga, kali ini secara solo,” katanya.
Tambahnya, ianya tidak adil jika lawak solonya dibandingkan dengan sekumpulan pelawak.
“Bagi saya penilaian orang lain pada saya agak tidak adil kerana saya satu kepala lawan tiga kepala dan bila saya buat lawak mereka rasa tak kelakar.”
“Jadi selepas ini bila ada pertandingan solo, barulah orang boleh menilai secara individu, siapa yang lebih hebat,” katanya.
Nabil Ahmad Merajuk, Tidak Akan Masuk Pertandingan Lawak Lagi?
Menjelaskan tentang persembahannya yang agak hambar pada malam akhir MLM2013, ”Sebaik pulang ke Kuala Lumpur, saya telah lakukan sesi latihan berulang kali dan saya memang cuba buat yang terbaik.”
“Saya menangis bukan kerana sedih, tetapi apa yang saya rasa atas pentas, saya harap penonton juga dapat rasa.”
Namun, disebalik kekecewaan ini, Nabil nampaknya masih aktif dan akan ada single terbaru bersama penyanyi cilik Indonesia, Tegar tidak lama lagi.

Read More

Tuesday, 11 February 2014

Katy Perry Seksi Berbaju Transparen Jelas Menampakkan Bentuk Badan


Katy Perry Seksi Berbaju Transparen Jelas Menampakkan Bentuk Badan| Berpenampilan seksi dan agak sedikit terbuka sebenarnya sudah menjadi gaya standard Katy Perry . Namun rupanya bekas isteri Russel Brand itu tidak terlalu menonjol di penampilan terakhirnya . Ia kelihatan malu berat saat menerima penghargaan di acara MuchMusic Video kerana memakai pakaian yang sangat telus .


Di acara itu , Katy menerima anugerah untuk kategori artis antarabangsa terbaik . Anugerah tersebut diberikan oleh pelakon Lucy Hale . Penyanyi lagu hit single ' Fireworks ' ini kelihatan agak malu apabila memberikan ucapan kemenangan . Bahkan Katy berusaha menutup bontotnya dengan penghargaan yang berbentuk kotak persegi panjang itu ketika berjalan turun pentas .


Sebenarnya , pakaian yang sangat pas dengan badan dan menyerupai warna kulit itu dikenakan Katy untuk menyanyi di pentas . Ia tampil menjadi seorang kupu - kupu saat membawakan lagu ' Wide Awake ' . Namun saat menerima penghargaan Katy tak sempat menukar pakaian tersebut .

Pakaian bermasalah itu merupakan salah satu dari tiga busana yang dikenakan Katy menghadiri acara di Toronto , Kanada , ini . Penyanyi" Part of Me " tersebut berpenampilan ala superhero Marvel dengan gaun hitam emas saat tiba di red carpet . Sebelum menyanyi ia memakai seluar hitam dengan atasan ketat warna khaki .



Read More

SUAMI NING BAIZURA CURANG BERHUBUNGAN TERLARANG DENGAN LELAKI LAIN




SUAMI NING BAIZURA CURANG BERHUBUNGAN TERLARANG DENGAN LELAKI LAIN - Suami Ning Baizura curang bersama lelaki lain? Pada awalnya Ning Baizura merasakan sesuatu yang tidak kena pada suaminya yang kurang mengambil perhatian terhadapnya. Namun akhirnya Ning mendapat jawapan apabila mendapat tahu suaminya telah melakukan hubungan yang terlarang bersama lelaki lain. Kepada peminat Ning Baizura jangan terkejut dengan berita ini. Suami yang dimaksudkan bukanlah suaminya yang sebenar iaitu Omar Sharif tetapi suami Ning yang dimaksudkan adalah watak dalam musik video terbarunya. Ini adalah antara babak-babak yang dilakonkan dalam Musik video tersebut berjudul “Bukan Wanita Sempurna”.


Agak terkejut bila tengok muzik video tersebut walaupun dihasilkan dengan begitu baik sekali tetapi Papa Gucci risau apabila menonton shot serta konsep yang digunakan Ning. Mana tidaknya, kisah suami curang dengan kaum sejenis adalah mimpi buruk bagi semua wanita dan Ning berani mengetengahkan isu ini.

Apa-apa pun suda lama Papa Gucci menanti kemunculan diva suara besar ala soprano ini selepas satu demi satu strategi diatur demi comeback dalam dunia seni nyanyian.

Jom kita tonton musik video ini yang mungkin akan cetuskan kontroversi
Read More

Monday, 10 February 2014

Gambar Penuh Baju Luna Maya Cetus Kontroversi Porno



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Gambar Penuh Baju Luna Maya Cetus Kontroversi Porno - Baju Luna Maya Cetus Kontroversi Porno - berikutan gambar beliau semasa menghadiri final gelangan maharaja lawak mega tempoh hari, ramai yang memperkatakan bahawa luna tidak memakao coli hal ini kerana jelas terpampang terpampang baju yang dipakainya itu telah menampakkan bentuk payudara beliau. 

adakah benar, marilah kita memikirkanya adakah ia benar ataupun hanya satu kontroversi.
cekidot ahahaha!
Read More

Gambar Neelofa Terlupa Kancing Butang Baju


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-


Gambar Neelofa Terlupa Kancing Butang BajuTernyata, kuasa laman-laman media yang ada sekarang ini mampu membuatkan artis-artis di Malaysia ini tercalar imejnya. 

Mana tidaknya, setiap perkara yang dimuat naik untuk tujuan berkongsi dengan para peminat mampu membuatkan cerita negatif mudah terjadi daripada perkara yang negatif. 

Ini lagi kisah kontroversi yang datang menjengah buat selebriti wanita, Neelofa. 

Satu gambar yang dimuat naik oleh Neelofa sendiri di profil Instagramnya pada 6 hari yang lalu mengundang cakap-cakap tidak enak dari orang ramai. 

Gambar itu jelas menunjukkan Neelofa tidak membutang bajunya hingga menampakkan buah dadanya. 

Betulkah? 

Ada antara komen-komen yang diberikan kepada Neelofa boleh dikatakan tidak patut dibuat kerana hanya tuan badan sendiri sahaja yang tahu keadaan bajunya ketika itu. 

Tetapi, ada juga peminat yang memberikan komen mengatakan baju yang dipakai oleh Neelofa waktu itu adalah dua lapis. 

Macam-macam manusia fikirkan…
Read More

Gambar Penuh Neelofa Berpakaian Seksi Di Majlis Meletop Era



Fesyen pelik Neelofa di Anugerah Meletop Era 2014 - Ketika ini sedang rancak berlangsung Anugerah Meletop Era 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil yang boleh disaksikan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Maya (135).




Dato’ AC Mizal, Neelofa dan Nabil Ahmad telah diberikan kepercayaan untuk mengacarakan anugerah berprestij itu manakala acara Karpet Merah pula dihoskan oleh pengacara sedang meningkat naik, Hanis Zalikha dan Aril AF.

Semestinya, penampilan aktres jelita, Neelofa paling menarik perhatian penonton apabila tampil dengan fesyen pelik. Rata-rata peminat yang melihat fesyen itu terkedu dan tertanya-tanya jenis pakaian yang cuba ditampilkan beliau.




Gambar Penuh Neelofa Berpakaian Seksi Di Majlis Meletop Era - Lagi beberapa keping gambar Neelofa dengan pakaian lain yang juga boleh dikatakan pelik. Kejelitaan pengacara itu semakin terserlah sejak akhir-akhir.





 
Read More

Sharifah Sakinah Buat Gila Lagi Apabila Muat Naik Gambar Separuh Bogel

Sharifah Sakinah Buat Gila Lagi Apabila Muat Naik Gambar Separuh Bogel - Memang sudah menjadi kebiasaan apabila melihat peminat mula bergaduh sesama sendiri apabila ada gambar yang seksi daripada selebriti kesayangan mereka dimuatnaik. Ada yang mengutuk, ada yang membela.
Menurut pelakon yang sedang hangat dikecam kerana bergambar seksi, Sharifah Sakinah, beliau sengaja muatnaik gambar sebegitu untuk melihat apa reaksi dan respon yang diberi.
Sakinah juga turut mengakui kadang kala beliau sengaja memuat naik gambar-gambar ‘panas’ untuk melihat reaksi segolongan manusia yang memang suka bertelingkah sesama sendiri atas gambar dan hal orang lain.
“Kadangkala saya sengaja memuat naik foto tertentu untuk melihat ‘lagak’ segelintir manusa yang bergaduh antara satu sama lain hanya atas sebab tersendiri,” jelasnya dalam satu kenyataan akhbar.
Sharifah Sakinah Muatnaik Gambar Panas Untuk Lihat Orang Bergaduh?
“Saya juga tidak pernah memadam atau menghalang mana-mana akaun peminat yang mengutuk kerana menganggap itu hak peribadi mereka,” jelas beliau lagi.
Baguslah kalau beliau berfikiran positif. Namun Sakinah harus peka dengan respon mereka kadang-kadang kerana takut dijadikan bahan untuk niat lain pula nanti. Manusia didunia ini, kita sudah sedia tahu bahawa pelbagai kerenah dan perangai yang wujud. Daripada gambar saja, macam-macam boleh dibuat selain dari fitnah semata.
Read More

Tuesday, 1 October 2013

Jep Sepah Mohon Maaf Atas kebiadapan Perli Isteri Mat Yo

Jep Sepah Mohon Maaf Atas kebiadapan Perli Isteri Mat Yo - Baru-baru ini Jep Sepahtu memohon maaf atas tindakan beliau dalam rancangan spontan yang mungkin tidak di sukai sesetengah pihak. Tindakan memohon maaf tersebut mendapat tindak balas positif dari peminat yang menyokong Jep.
jep sepah, mohon maaf

jep sepah
Memang tidak dinafikan apa yang Jep lakukan hanya spontan semata-mata. Jep juga berpesan untuk tidak memanjang-manjangkan perkara ini.

bagi sesiapa yang belum menonton beliau perli isteri mat yo dalam super spontan 2013 musim kelima boleh menonton disini- CLICK
Read More

Monday, 30 September 2013

Yana Samsudin Kantoi Adegan Tertonjol Semasa Film Adnan Sempit 3


Sinopsis Ringkas Adnan Sempit 3

Yana Samsudin Kantoi Adegan Tertonjol Semasa Film Adnan Sempit 3 - Adnan Sempit 3 mengisahkan kisah kehidupan Adnan (Shaheizy Sam) yang telah berkahwin dengan Nadia (Intan Ladyana) dan Wawa(Yana Samsudin) yang telah berkahwin dengan Bobby(Along Champ).Kalau tengok cerita Adnan Sempit yang sebelum nie hidup Adnan macam sesak sikit kan….tapi dalam Adnan Sempit 3 nie dia dah jadi kaya sebab bapa mertua dia dah bagi tanggungjawab untuk uruskan syarikat.Kehidupan 4 sahabat nie jadi lebih bahagia selepas Wawa dan Nadia disahkan hamil..

Apa yang anda terlepas pandang semasa menonton filem ini? 

Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang anda tidak menonton filem ini secara fokus. Selepas tiga kali menonton filem ini, baru admin ternampak sesuatu yang admin terlepas sebelum ini. Setiap filem mesti ada silapnya, tidak semuanya sempurna. Mungkin ada yang terlepas pandang mungkin ada yang tidak.

Admin tidak mempunyai niat untuk mengutuk, mengaibkan atau memalukan pelakon ini.
#Adnan Sempit 3 tidak pernah membosankan walaupun ditonton berulang kali.

Read More

Thursday, 26 September 2013

Gambar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite


Gambar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite - Tahniah kepada pasangan selebriti Adam AF dan Fiza Elite yang baru sahaja selamat bergelar suami isteri sah dengan sekali lafaz sekitar jam 10.40 pagi tadi di kediaman pengantin perempuan.

Di bawah ini admin sertakan beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite yang dilihat berlangsung dengan cukup meriah. Kredit kepada portal rotikaya dan beautifulnara.






Read More

[KELAKAR!!] - Penyanyi Cilik Dari Malaysia Yang Sedang Meningkat Naik



[KELAKAR!!] - Penyanyi Cilik Dari Malaysia Yang Sedang Meningkat Naik - Terlebih dahulu admin ingin memohon maaf kepada cikgu yang menguplod video ini di facebook untuk dipertontonkan di khalayak ramai seterusnya admin pulak share di blog admin untuk menghiburkan pembaca-pembaca di blog ini.
difaham budak ini disuruh oleh seorang guru lelaki untuk menyanyikan lagu yang diputarkan didalam drama popular "Teduhan Kasih".
jom la tngok video dubawah kompom tak kering gusi punyalah~ 



Read More

Nora Disoal Siasat Kenapa Nadeem Pergi Ke Myanmar Bersamanya

Nora Disoal Siasat Kenapa Nadeem Pergi Ke Myanmar Bersamanya - RAMAI yang tahu, pelakon Nora Danish membawa pulang ‘kekasihnya’ yang dikenali dengan nama Nadeem atau nama sebenarnya Nadim Mohamed Nazri ke kampung sebelah ibunya di Myanmar baru-baru ini.


Pemergian mereka turut diiringi ibu serta kakak Nora. Bagaimanapun, apabila Nadeem menemani Nora balik ke kampung, ramai yang membuat spekulasi mungkin hubungan mereka sudah berada pada tahap yang lebih serius.
Nora yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonannya bersama Farid Kamil, Bencinta di TGV, Sunway Piramid pada Isnin lalu tidak menyembunyikan perkara tersebut.
Secara terang-terangan, Nora mengakui membawa kekasihnya itu yang juga anak kepada Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ikut serta untuk menjaga keselamatan mereka semua memandangkan keadaan bergolak yang berlaku di negara tersebut.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Nora.
Kosmo!: Apakah tujuan Nora membawa Nadeem ke Myanmar?
NORA: Nadeem menemani saya ke Myanmar lebih kepada menjaga keselamatan kami memandangkan semua yang pergi adalah wanita. Myanmar sedang bergolak dengan isu masyarakat Islam Rohing- ya, jadi Nadeem dan rakannya menemani kami dan saya berbesar hati kerana rasa lebih selamat dengan kehadirannya.
Kenapakah anda ke Myanmar?
Saya ke Myanmar kerana moyang saya yang berusia 96 tahun telah meninggal dunia pada minggu lalu. Ibu saya memang teringin sangat untuk berjumpa dengannya tetapi asyik tertangguh sehingga dia meninggal dunia. Sekarang, ibu dalam proses untuk memujuk nenek saya di Myanmar untuk tinggal bersama kami di Malaysia. Selain itu, saya juga melawat kilang produk bedak Tanaka keluaran saya.
Bagaimanakah dengan penerimaan keluarga anda di sana terhadap Nadeem?
Sebenarnya kami ada masalah bahasa, hanya ibu saya yang faham dan fasih bahasa Myanmar. Mereka tidaklah berbual banyak sangat sebab lebih guna bahasa isyarat. Setakat apa yang saya lihat semuanya okey dan dapat menerimanya dengan baik.
Tidakkah anda rasa kalian terlalu terbuka dengan hubungan cinta kerana kerap berkongsi gambar bersama peminat?
Saya tidak salahkan sesiapa apabila orang bercakap tentang kami sebab semuanya salah saya sendiri yang gatal tangan memuat naik gambar kami berdua di Instagram. Sebenarnya, saya sendiri terkejut apabila Nadeem turut membuka akaun khas kami berdua untuk tatapan peminat.
Nampaknya Nadeem seperti sudah serasi dengan dunia glamor anda?
Alhamdulillah, memang dia boleh masuk dengan dunia saya, bahkan dia sekarang sudah ada peminatnya sendiri dan cukup rajin melayan mereka di Instagram (ketawa).
Jika sudah begitu, nampaknya kalian memang tidak menyembunyikan langsung percintaan kalian. Mungkinkah itu satu tanda kalian akan berkahwin tidak lama lagi?
Buat masa ini, kami tidak terfikir ke arah itu lagi kerana masing-masing sudah ada pengalaman dengan kegagalan perkahwinan sebelum ini. Jadi, banyak perkara yang harus kami ambil kira dan fikir sebelum ambil langkah seterusnya. Siapa yang tidak mahu berkahwin, doakan yang terbaik untuk saya.
Read More

Monday, 23 September 2013

Scha Al-Yahya Selesai Jalani Pembedahan Ketumbuhan Pangkal Rahimnya

 Scha Al-Yahya Selesai Jalani Pembedahan Ketumbuhan Pangkal Rahimnya - Pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir dikatakan baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahimnya pada awal September lalu.
Scha Al Yahya Ada Ketumbuhan Dalam Rahim?
Menurut isteri kepada Awal Ashaari ini, dirinya telah disahkan menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.
“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.
“Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,” katanya memetik laporan Metro Ahad.
Setelah menjalani pembedahan tersebut, doktor menyarankan Scha agar berehat selama sebulan namun disebabkan pengacara kelahiran negeri Kedah ini tidak biasa duduk diam, dia telah kembali berkerja setelah berehat selama dua minggu.
Read More

Sunday, 22 September 2013

Nelydia Senrose - Usia Saya Tidak Menjadi Penghalang Untuk Serius Dengan Qi Razali

Nelydia Senrose - Usia Saya Tidak Menjadi Penghalang Untuk Serius Dengan Qi RazaliBukan mudah memuaskan hati semua orang apabila bergelar anak seni. Ada saja cerita diperbesarkan walaupun ia perkara kecil, apatah lagi kisah cinta. Itulah yang dilalui pelakon yang kian menempa nama, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen atau lebih nama pentasnya, Nelydia apabila hubungan cintanya dengan hos terkenal, Qushairi Razali (Qi) dipertikai peminat berikutan perbezaan usia yang jauh.
Pun begitu bukan semua tidak suka, ada juga yang ‘merestui’ hubungan itu dan mendoakan kekal hingga ke jenjang pelamin. Bagi Nelydia, soal usia perkara remeh dan tidak wajar dibangkitkan. 
Apa yang lebih dipentingkan dia selesa dengan jejaka itu. Lagipun, pada usia pertengahan 30-an, Qi matang dan ada banyak ciri ketua keluarga yang dicarinya. 

“Biarlah orang bercakap apa pun. Masing-masing ada pandangan sendiri dan saya tidak dapat menghentikan mereka daripada terus berfikiran ataupun berkata bahawa kami tidak sepadan.


“Pada saya, jarak usia 10 tahun bukan masalah kerana apa yang lebih penting adalah keserasian. Dia lelaki yang matang dan bertanggungjawab. Ciri-ciri yang ada padanya itu sudah memadai bagi saya,” katanya.
Read More

Saturday, 21 September 2013

PANAS! ~ Ika Nabila Bidas Isu Gambar Bikini & Anjing

PANAS! ~ Ika Nabila Bidas Isu Gambar Bikini & AnjingKUALA LUMPUR, 20 SEPT 2013: Setelah dikatakan mengamuk dek kerana permintaan yang melampau daripada pengikutnya di Instagram, Ika Nabila telah memuatnaik gambar anjing di laman sosialnya itu sebagai habuan kepada pengikut-pengikut yang biadap itu.

Ika Nabila Jawab Isu Muatnaik Gambar Anjing & Bikini

Tindakan aktres berusia 24 tahun itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Tidak kurang yang menyokong dan sudah tentunya banyak juga yang menghentam ekoran tindakannya itu. Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim merasakan tindakannya itu wajar sebagai pengajaran kepada komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

"Mereka biadap dengan saya dan pengajaran untuk orang yang biadap pada saya wajar diajar sedemikian(memuatnaik gambar anjing). Saya memang sengaja nak bagi mereka terkejut supaya mereka sedar batas-batas kalau nak utarakan komen di Instagram.

"Saya tak suka nak layan orang yang biadap dan tidak ada budi bahasa seperti itu. Tapi pada saya jika mereka nak cari pasal, dengan komen melampau seperti itu, memang itulah caranya untuk sedarkan mereka.
"Tujuan saya memuatnaik gambar untuk kongsikan dengan peminat apa yang saya tengah lakukan. Kalau nak seksi dan sebagainya baik saya privatekan akaun saya,"jawab Ika ketika ditemui di acara peragaan busana Cheongsam The Weld Oriental Rhapsody di The Weld, Selasa, semalam.

Tindakan Ika dilihat seperti cepat melatah dan bertindak agresif dengan situasi tersebut namun pelakon Tanda Putera itu akui jika diberi pilihan dia tidak mahu dilihat sedemikian. Tetapi pada ketika itu dia yang sedang bercuti merasakan percutiannya terganggu kerana permintaan biadap pengikut di Instagramnya itu
"Bayangkanlah, saya sedang bercuti dan tujuan saya kongsi gambar itu untuk tatapan peminat saya. Lagipun saya bukannya pakai bikini, itu adalah baju selam skuba. Saya tidak tahu mengapa mereka fikir saya ini sengaja mahu mencetuskan kontroversi memuatnaik gambar saya menyelam ketika itu.

"Mereka yang salah tafsiran dan mencetuskan kontroversi dan saya hanya mahu mengajar mereka yang tiada kerja ini supaya tidak biadap. Itu sahaja. Saya tidak block pun mereka sebab saya nak ajar adab kalau nak komen di Instagram orang lain,"tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Ika berharap isu ini akan tidak berpanjangan kerana dia tahu ramai yang memberi perhatian kepadanya. Menurutnya, tindakan tersebut diambil untuk mengelakkan perkara sama berulang lagi dimasa akan datang.

Pada petang itu, Ika bersama selebriti tempatan lain telah tampil menggayakan cheongsam rekaan Sunny Ng daripada Shanghai Sin bersama penaja Rafflesia untuk acara The Weld Oriental Rhapsody yang turut menampilkan pereka Bill Keith, Keith Kee dan ratu cantik Ms Cosmos Chinese.
Read More

Thursday, 19 September 2013

Gambar Nabila Huda Dengan Kekasih Barunya

Gambar Nabila Huda Dengan Kekasih BarunyaSekitar minggu lalu pelakon Nabila Huda menjadi bualan hangat apabila dia dan anaknya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Karak dan kini nama kembali disebut-sebut apabila timbul gosip baru yang mengatakan aktress berbakat ini sudah mempunyai kekasih baru.
Gambar Nabila Huda Dan Kekasih Baru?
Difahamkan juga, raya Aidilfitri barubaru ini Nabila turut menghabiskan masa beraya bersama keluarga teman lelaki barunya ini di Singapura dan dikatakan hubungan mereka sudah terjalin selama empat bulan.
Selain itu, ada dakwaan yang mengatakan kawan rapat Nabila sudah menjauhkan diri daripada aktress ini kerana perangai pelakon ini sudah berubah apabila bertemu lelaki berkenaan.
Read More

Nelydia Senrose Sanggup Ke Luar Negara Lepas Rindu Dekat Qi Razali

Nelydia Senrose Sanggup Ke Luar Negara Lepas Rindu Dekat Qi Razali Beberapa hari kebelakangan ini heroin drama Cinta Jannah, Nelydia Senrose dilihat aktif berkongsi gambarnya di laman Instagram dan menjadi persoalan foto-foto berkenaan kebanyakannya berlatar belakangkan suasana seakan di luar negara.
Nelydia Senrose Ke Luar Negara Jumpa Qi Razali?
Disebabkan itu ramai peminatnya yang berteka-teki dimanakah lokasi sebenar Nelydia berada pada masa ini. Malah ada peminat yang membuat andaian bahawa aktress ini ke luar negara untuk bertemu Qi Razali dan sekaligus menjemput kekasihnya itu pulang.
Meskipun tidak terlihat gambar mereka berdua namun menerusi sekeping gambar, Qi telah meninggalkan komen yang meminta Nelydia menyimpankan sedikit makanan untuknya.
Nelydia Senrose Ke Luar Negara Jumpa Qi Razali?
Nelydia Senrose Ke Luar Negara Jumpa Qi Razali?
Buat tatapan peminat Nelydia kami kongsikan beberapa keping lagi gambar terbarunya.
Nelydia Senrose Ke Luar Negara Jumpa Qi Razali?
Nelydia Senrose Ke Luar Negara Jumpa Qi Razali?
Nelydia Senrose Ke Luar Negara Jumpa Qi Razali?


Nelydia Senrose Ke Luar Negara Jumpa Qi Razali?
Read More

Wednesday, 18 September 2013

Vokalis Rock Amy Search Diisytiharkan Muflis!

Jika sebelum Vokalis kumpulan Mojo diistiharkan muflis, kini timbul pula desas-desus mengatakan penyanyi rock negara, Amy Search turut menerima nasib yang sama.

Amy Search Diisytihar Muflis?
Vokalis Rock Amy Search Diisytiharkan Muflis! - Dikhabarkan, Amy menghadapi masalah untuk selesaikan hutang perniagaan yang bernilai enam angka. Hutang tersebut berkaitan dengan sebuah konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009 yang lalu dan perkara ini telah pun dibawa ke mahkamah sehingga beliau di’isytiharkan muflis.
Amy Search Diisytihar Muflis?
Menurut blog hiburan, gambar di atas merupakan satu salinan dokumen rasmi mahkamah yang didakwa sebagai notis pengisytiharan muflis Amy Search.
Jika perkara ini benar, kami berharap agar Amy Search dipermudahkan urusannya untuk membayar kembali hutang-hutang berkenaan.
Read More

Thursday, 12 September 2013

Nora Danish - Saya Biarkan Anak Tentukan Jodoh Saya Dengan Nadem

Nora Danish - Saya Biarkan Anak Tentukan Jodoh Saya Dengan Nadem - Umumnya tahu pelakon jelita, Nora Danish sedang intim berkawan dengan Nadem namun sehingga ke hari ini meraka tetap mengakui sedang mengenali antara satu sama lain.
Nora Danish Sifatkan Anak Anak Penentu Jodohnya Dengan Nadem
Menurut Nora, dia tidak kisah apabila peminat mengatakan dirinya sedang bercinta dengan Nadem dan dia tidak akan mencanang perkara tersebut melainkan ianya benar-benar terjadi.
“Saya tak salahkan orang kalau mereka kata kami bercinta. Tapi bagi saya, saya tak mahu bercakap lebih-lebih tentang hal itu sebab selagi tak ada kepastian, saya tak mahu hebahkan. Lainlah kalau dah betul-betul kami nak kahwin nanti baru saya kongsikan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Nora turut mengakui sering berjumpa dengan Nadem disebabkan urusan perniagaan ditambah pula rumah mereka berdekatan.
“Lagipun kami memang kerap berjumpa kerana rumah kami dekat. Keluarga saya dengan keluarga dia berkawan baik. Anak kami pun selalu bermain sama-sama. Kiranya nanti anak-anaklah yang tentukan jodoh kami,” ujarnya.

Read More
Designed By Seo Blogger Templates