Tuesday 27 August 2013

Harimau Muda Mahu Tingkatkan Kemenangan


SEJAUH mana kemampuan barisan pemainnya kekal cergas beraksi dalam tempoh 90 minit bakal menjadi agenda utama pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang sepak mula Pesta Bola Merdeka 2013 di Kuantan pada 7 September depan.
Sekadar turun dalam satu aksi persahabatan berdepan Pahang di Stadium Darul Makmur pada 3 September, tiada lagi yang dituntut Kim Swee melainkan beberapa siri 'pemanas badan' sebelum Harimau Muda memulakan kempen Pesta Bola Merdeka 2013 menentang skuad Bawah 23 tahun (B-23) Singapura empat hari kemudian.
Menurut beliau, tempoh kurang dua minggu yang dimiliki beliau akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam mengenal pasti beberapa aksi kompetitif sebelum Pesta Bola Merdeka 2013 bermula.
"Saya hanya dapat menilai kecergasan pemain dalam perlawanan penuh selama 90 minit, bukan sekadar latihan biasa.
"Jadi saya harap dapat mengenal pasti beberapa aksi persahabatan sebagai ujian buat pemain selewat-lewatnya minggu depan," kata Kim Swee kepada Kosmo! baru-baru ini.
Kim Swee berkata, beliau berdepan kesukaran menguji pemain ekoran aksi persahabatan berdepan skuad kebangsaan Bangladesh yang sepatutnya berlangsung 22 Ogos lalu terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
"Hanya aksi menentang Pahang yang bakal menjadi ujian terakhir Harimau Muda sebelum memulakan aksi Pesta Bola Merdeka, jadi saya harap kami dapat mengadakan beberapa ujian persahabatan sebelum itu," katanya.
Daripada 25 pemain Harimau Muda yang dipanggil berkumpul di Kuantan pada 1 September depan, Kim Swee juga tidak menolak kemungkinan sekurang-kurangnya tiga nama akan 'tercicir' daripada beraksi pada Pesta Bola Merdeka nanti.
"Senarai akhir 22 pemain hanya akan diumumkan sehari dua sebelum Pesta Bola Merdeka," kata Kim Swee.
Selepas berdepan B-23 Singapura, skuad kendalian Kim Swee bakal melayan cabaran skuad B-23 Myanmar pada 9 September sebelum berdepan B-23 Thailand dua hari kemudian.
Aksi penentuan tempat ketiga/ keempat dan final pula dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 14 September.
Kali terakhir Malaysia muncul juara Pesta Bola Merdeka ialah pada edisi 2007 apabila mengecewakan Myanmar 3-1 di pentas final.
Read More

Suami Isteri Bergaduh Besar Angkara RM36 Sahaja


Kejadian berlaku di sungai siput dimana sepasang suami isteri telah bergaduh besar kerana duit RM36 telah hilang dan keadaan menjadi bertambah teruk apabila isterinya telah menyimbah minyak panas ke badan suaminya yang menyebabkan suaminya berang dan akhirnya mengambil parang untuk menetak suaminya dan akhirnya pergaduhan di berhenti apabila kedua-duanya penat berlawan berikut adalah gambar-gambar keadaan di rumah mereka selepas perlawanan habis

Read More

Gambar Rekrut Pelatih Pengawai Peribadi Di China


Tianjiao Special Guard Company ialah syarikat pengawal peribadi swasta pertama di China. Mereka menawarkan perkhidmatan keselamatan untuk golongan elitis China yang semakin bertambah di China. Bagi memastikan pelanggan mereka mendapat bodyguard yang terbaik, Tianjiao Special Guard Company membina kem latihan ala tentera mereka sendiri. Mari lihat latihan yang harus dilalui rekrut pengawal peribadi Tianjiao Special Guard Company. Amoipun turut training bersama lengchai. 


Gambar Latihan Pengawai Peribadi Di China

Gambar Latihan Pengawai Peribadi Di China
Gambar Latihan Pengawai Peribadi Di China
Gambar Latihan Pengawai Peribadi Di China


Read more: http://www.ceritaapakah.com/2013/08/gambar-pelatih-pengawai-peribadi-di.html#ixzz2d8PXnaPI
Read More

Kereta Proton Dijadikan Kereta Polis Di England


Kita dah biasa melihat kereta Proton digunakan sebagai kereta peronda PDRM. Mari lihat kereta Proton yang digunakan oleh Humberside Police , Yorkshire England. Nampak lebih cool dari kereta peronda PDRM. 
kereta-kereta yang selalu dikutuk akhirnya memberi kebanggan mereka diluar sana menggunakannya

Kereta Proton Dijadikan Kereta Polis Di England

Kereta Proton Dijadikan Kereta Polis Di England


Kereta Proton Dijadikan Kereta Polis Di England


Read More

Harnez Suraya Dilabel "BABI" Oleh Peminat


 Beberapa hari lalu, heboh diperkatakan mengenai pelakon, Hanez Suraya di maki oleh peminatnya melalui laman Twitternya kerana peminat tersebut mendakwa aktress drama Sedetik Cinta ini seorang wanita gatal dan sering me-retweet status peminat lelaki sahaja.
Dilabel ‘Babi’ Oleh Peminat, Hanez Suraya Tampil Beri Penjelasan
Tidak cukup dengan dakwaan tersebut, peminat itu turut menempelak Hanez dengan melemparkan gelaran babi terhadap aktres ini. Namun menurut pelakon ini, isu itu bukanlah hal yang besar dan ianya nampak serius kerana rasa tidak berpuas hati peminat berkenaan.
“Bila ada masa lapang, kebiasaannya saya akan balas dan ‘retweet’ semula komen-komen peminat di Twitter. Tapi pada hari tersebut terlalu banyak komen daripada peminat. Disebabkan terlalu banyak, Hanez tidak dapat balas semuanya dan hanya dahulukan ‘tweet’ yang mana penting dari teman-teman rapat dan pihak media.
“Tidak sangka pula ada peminat yang marah dan tanpa usul periksa dia kata Henez hanya balas ‘tweet’ pada peminat lelaki sahaja,” ujarnya yang dipetik dari Malaydigest.
Tambahnya lagi, dia tidak cepat melenting mengenai perkara itu kerana menyifatkan isu tersebut hanya remeh dan jika dilayan ianya akan berlarutan.
Read More

ND LALA - Gosip Shila Dengan Johan Itu Hak Dia


Gara-gara Shila Amzah memuat naik gambarnya bersama pelakon, Johan As’ari ketika dia berkunjung ke rumah terbuka aktor tersebut telah menyebabkan timbul gosip yang mengatakan kedua anak seni ini sedang bercinta anaknya.
Gosip Cinta Shila dan Johan, Itu Hak Dia   ND Lala
Selaku ayah kepada Shila, ND Lala menjelaskan seharusnya anaknya itu bijak menilai sesuatu perkara dengan lebih rasional dan dia menyifatkan gosip cinta diantara anaknya dan Johan adalah perkara biasa sahaja.
Gosip Cinta Shila dan Johan, Itu Hak Dia   ND Lala
“Kenapa sebut satu nama sahaja? Saya lihat ada banyak nama yang dikaitkan dengan dia (Shila Amzah). Sebagai manusia yang sedang membesar, dia akan melalui pelbagai proses. Bila seseorang itu lalui pelbagai proses, ada pelbagai bentuk cabaran yang dia akan lalui.”
“Jadi, apa sahaja orang nak cakap, kita pulangkan balik itu sebagai hak dia (peminat).Tetapi ketika dia bercakap itu mendatangkan manfaat atau fitnah, hanya dia sendiri yang akan jawab,” ujarnya menerusi portal Ohbulan.
Read More

Adakah mereka yakin bahawa Lokman akan kekal bersama UMNO



Hasil undian sebuah Blog Pro UMNO menunjukkan beliau talah mendahalui Jamawi Jaafar, Nasir Husin, Mohd Iruan Zulkefli, Shaik Hussein Mydin dan Khairol Azwan Harun yang turut bertanding bagi merebut kerusi itu.

Dalam masa yang sama apa yang ditunjukkan oleh ahli-ahli UMNO yang mengundi itu ialah UMNO sememangnya ketandusan pemimpin pelapis untuk diketengahkan sebagai pemimpin.

Hingga menyebabkan mereka terpaksa menerima dan menyokong Lokman Adam yang merupakan bekas Setiausaha Pemuda Keadilan dan Ahli Majlis Tertinggi yang akhirnya dipecat setelah beliau menyertai semula UMNO pada 26.1.2004.

Adakah mereka yakin bahawa Lokman akan kekal bersama UMNO andaikata UMNO dan BN tersungkur suatu hari nanti sedangkan telah terbukti beliau bukanlah seorang individu yang setia kepada perjuangan.

Beliau adalah seorang individu yang pernah belot terhadap UMNO dengan menyertai Keadilan dan kemudiannya belot pula terhadap Keadilan dengan menyertai UMNO semula.. 

Setelah dibebaskan dari ISA seorang sahabat telah menceritakan bahawa Lokman telah bersuara mengatakan beliau sendiri bosan dengan keadaan hidupnya pada waktu itu.

Sudahlah selama dua tahun berada dalam tahanan ISA, bila dibebaskan beliau masih gagal untuk memberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keluarganya.

Ini kerana, beliau terpaksa mengadakan siri ceramah ke seluruh negara, sedangkan beliau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menampung perbelanjaan seharian.

Bayangkan beliau harus memenuhi setiap undangan ceramah yang diadakan pada setiap hari, hinggakan masa bersama keluarga terus terbiar begitu sahaja, sudahlah dua tahun tidak bersama.

Apa yang menjadi masalahnya ialah faktor ekonomi. Lokman pada ketika itu terjebak dalam masalah ekonomi yang kritikal.

Walaupun beliau sayangkan perjuangan! Namun perjuangan hidup itu adalah yang paling utama, demi kebahagiaan anak-anak serta keluarga . sila baca di SINIuntuk mengetahui apa lagi yang beliau luahkan..

Kerana ekonomi yang semakin menekan beliau akhirnya mengambil jalan keluar meninggalkan perjuangan untuk meneruskan perjuangan hidupnya yang sebenar dengan menyertai UMNO.

Setelah menyertai UMNO, Lokman menyerang sahabat baiknya sendiri yang selama ini membimbingnya dalam Keadilan iaitu Ezam Mat Nor.

Malah mungkin kerana bimbang Ezam akan memintasnya dalam UMNO beliau juga mendedahkan sebab sebenar Ezam Mat Nor menyertai UMNO setelah Ezam turut menyertainya bersama UMNO.. sila baca di SINI 

Apa yang ahli-ahli UMNO harapkan dari Lokman ini sebenarnya?.. nak dikatakan punya kredibiliti untuk memimpin.. beliau bukanlah seorang pemimpin kerana jawatan yang disandangnya dalam Keadilan dulu hanyalah lantikan..

Tidakkah ahli-ahli UMNO sedar ketika Lokman menjawat jawatan Exco Pemuda Malaysia, Khairy Jamaluddin telah meletakkan Unit Pidato Pemuda UMNO dibawah Lokman dan hasilnya.. tak ada hasilpun,, hanya menghabiskan beras..

Baca bagaimana Lokman menghentam UMNO dan pemimpinnya ketika beliau bersama Keadilan.. 

KENYATAAN MEDIA

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein dan Azimi Daim, Ketua Penerangannya yang disiarkan dalam Berita Harian pada 22 Februari lalu jelas menggambarkan ketenatan UMNO (Baru) yang sarat dengan pelbagai penyakit yang selalunya hanya dijangkiti oleh parti tua.

Akhirnya Pergerakan Pemuda parti yang baru berusia 13 tahun dan sepatutnya semakin gagah itu terpaksa merayu dan mengemis simpati Pimpinan PAS untuk menyedekahkan sedikit oksigen bagi membolehkan mereka bernafas dalam atmosfera yang penuh dengan kemarahan serta kebencian rakyat terhadap UMNO.

Hentikanlah cubaan terakhir untuk menyelamatkan parti yang bakal dikuburkan oleh rakyat dengan menunding jari ke arah orang lain apabila harapan kamu untuk melihat kejayaan perbincangan yang akan menentukan masa depan UMNO semakin malap. 

Pimpinan PAS bukan seperti Pemimpin UMNO yang boleh digoreng dengan mudah oleh Dr. Mahathir. Jangan palsukan fakta sebenar perbincangan Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS dengan menuduh KeADILan dan Pemuda PAS sebagai dalang yang cuba mengagalkan perbincangan tersebut. Tiga tuntutan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Teknikal PAS bukanlah syarat baru sepertimana yang digembar-gemburkan oleh media sebagai helah terbaru PAS untuk menggagalkan perbincangan berhubung Perpaduan Nasional dan isu-isu Negara antara UMNO dan PAS. 

Sejak pertemuan pertama Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS pada 8 Februari lalu, tiga tuntutan tersebut sudah dikemukakan sebagai syarat yang mesti dipenuhi oleh UMNO sebelum pimpinan kedua-dua parti bertemu. 

Hisham dan Azimi sewajarnya sedar bahawa apabila Dr. Mahathir mengumumkan bahawa UMNO bersetuju untuk bertemu dengan PAS pada 19 Februari 2001, ini secara tidak langsung bermakna UMNO bersetuju untuk memenuhi 3 tuntutan itu sebelum perbincangan dijalankan.

Tindakan menangguhkan perbincangan tersebut adalah wajar dan sudah pasti akan di ambil oleh mana-mana pihak termasuk UMNO memandangkan syarat untuk berbincang tidak dipenuhi hingga 18 Februari iaitu sehari sebelum tarikh pertemuan wakil kedua-dua parti. 

Keputusan Jawatankuasa PAS Pusat menzahirkan kesungguhan PAS untuk memperjuangkan nasib rakyat dan sewajarnya disokong oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli UMNO. Tuntutan agar royalti minyak dipulangkan adalah hak rakyat Terengganu untuk mentadbir dan membangunkan negeri tersebut dengan mengunakan hasil buminya. Tuntutan agar hak untuk menerbitkan Harakah dikembalikan kepada dua kali seminggu juga adalah hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan pandangan yang telah dicabuli oleh Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh pemimpin UMNO. 

Hak warganegara Islam Malaysia yang menyertai PAS untuk menggunakan perkataan Islam pada nama parti mereka juga tidak sewajarnya cuba dinafikan oleh perwakilan UMNO. Lebih-lebih lagi PAS cukup konsisten memperjuangkan Islam selaras dengan dasar perjuangan mereka jika dibandingkan dengan UMNO yang sepatutnya sudah lama mengugurkan perkataan “Melayu” dari nama parti mereka kerana sudah tidak lagi disokong apatah lagi memperjuangkan nasib orang Melayu.

Saya yakin sebahagian besar rakyat Malaysia menyokong penuh pendirian PAS untuk mengemukakan tiga tuntutan agar hak rakyat itu dikembalikan oleh UMNO sebelum perbincangan dijalankan. Tuntutan tersebut sebenarnya adalah terlalu ringan kerana pertemuan ini adalah antara mangsa rompakkan dengan penyamun besar negara. Maka sewajarnya mangsa rompakan itu meminta penyamun tersebut memulangkan haknya sebelum mereka setuju berbincang tentang pekara yang lebih besar.

Kepada Hisham dan Azimi saya nasihatkan agar ubahlah kaedah pendekatan kerja buat kalian untuk menyelamatkan kapal yang sedang karam itu.

Jika kalian mahu mengembalikan sokongan orang Melayu terhadap parti uzur kalian, inilah masanya untuk kalian bangkit memperjuangkan nasib penoreh getah, penanam kelapa sawit, padi dan kelapa yang sengsara akibat kejatuhan harga produk keluaran mereka.

Tentanglah kenaikan harga barangan yang cukup membebankan rakyat seperti petrol, bekalan air, kadar insuran kenderaan, tol, kos ubat-ubatan dan ratusan harga barangan lain yang melambung secara mendadak kebelakangan ini. 

Dan terakhir sekali tolonglah kawal nafsu serakah pimpinan kalian seperti Mahathir dan Daim yang tidak habis-habis merompak dana rakyat untuk menyelamatkan kroni dan suku-sakat mereka.

Jika ini dapat dijadikan agenda perjuangan Pergerakan Pemuda UMNO (baru), saya yakin tidak mustahil suatu hari nanti akan ada yang bersimpati dan menghulurkan tangan untuk memperbaiki kebocoran kapal yang dipimpin oleh diktator tua yang menanti ajal itu.

LOKMAN ADAM
22 Februari 2001
Setiausaha Pemuda KeADILan Malaysia

Akhirnya.. dalam parti yang dianggapnya sebagai Kapal bocor dipimpin diktator tua itu juga Lokman berharap untuk meneruskan perjuangan hidupnya... Perjuangan hidupnya bukan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara..

Apa dalam UMNO ni dah tandus sangat dengan pemimpin ke hingga terpaksa mengangkat pembelot yang sudah dua kali membelot perjuangan sebagai pemimpin?

Jika benar begitu maka benarlah kata Tun Mahathir hanya yang bodoh kini bersama UMNO kerana menurut bekas seorang pemimpin tertinggi Keadilan.. ".... jangan kau terlanggar lutut Lokman, sebab otak dia kat lutut..." 

Dan buat ahli UMNO yang akan memilihnya dalam PAU nanti.. siasat dulu siapa yang sering bermain golf dengan Lokman ini.. 




Lokman Noor Adam adalah antara individu yang dilaporkan turut bertanding dalam  pemilihan kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Read More

Pejabat PM Kantoi!! Israel Guna "Endless Possibilities" Tahun 2011 Bukan 2013..



Akhirnya terdedah juga nrgara manakah yang mula-mula menggunakan slogan 'Endless Possibilities' yang akan dilanvarkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak November ini.

Setelah isu mengenai slogan ini mula dibangkitkan oleh Blog-blog Pro UMNO dan kemudiannya disemarakkan pula oleh Blog-blog Pro Pakatan Rakyat, Pejabat Perdana Menteri telah menafikan dakwaan dari Blog-blog tersebut.

Penafian yang lebih kepada satu usaha untuk memperbodohkan rakyat itu telah mendakwa bahawa Malaysia adalah negara yang mula memperkenalkan slogan tersebut.

Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Ianya bukanlah diciplak dari Israel tetapi telah dilancarkan terlebih dahulu oleh Malaysia sebelum Isrel turut menggunakannya bagi industri pelancongan negara itu.

Slogan "Endless Possibilities" pertama kali dilancarkan Malaysia semasa Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland 25 Januari 2013.

Empat bulan selepas pelancarannya itu negara Israel turut mengikuti slogan sama bagi industri pelancongan negara itu. Kempen `Endless Possibilities’ sebenarmya sudah bermula awal tahun ini tetapi pelancarannya ialah pada 17 September depan,

Semua menteri sudah diberikan penerangan mengenainya,” kata sumber dari PMO itu kononnya.. 

Berikutan dengan penafian itu The Malay Mail Online pula mendedahkan bahawa terdapat dua video clip yang menggunakan slogan "Endless Possibilities" dan ianya adalah videoclip yang mempromosikan negara Mongolia.

Dua video yang telah dimuatnaik ke dalam YouTube pada tarikh 19 Februari 2012 setahun sebelum dilancarkan oleh Malaysia dengan tajuk 'Mongolia Endless Possibilities' oleh CNN menimbulkan persoalan yang baru.

Kerana pada dasarnya  Pejabat Perdana Menteri mendkwa Israel meniru Malaysia berdasarkan pada tarikh slogan diperkenalkan, oleh itu berdasarkan pada tarikh video dimuatnaik Malaysia dianggap meniru Mongolia.. sila lihat videonya di ( SINI)

Bagaimanapun belum sempat Pejabat Perdana Menteri menjelaskan mengenai kaitan antara 'Endless Possibilities Malaysia; dan 'Endless Possibilities Mongolia' terdedah pula satu lagi website yang menjelaskan negara mana yang mula-mula memperkenalkan slogan itu..

Website 'Israel Tours Holy Land and Israel Travel' dengan artikel bertajuk 'Haifa a city with endless possibilities in Israel' mendedahkan tarikh sebenar slogan 'Endless Possibilities' mula diperkenalkan oleh negara haram yahudi itu..

Tarikh slogan itu mula diperkenalkan dan digunakan oleh Kementerian Pelancongan Israel ialah pada Disember 2011 bukannya empat bulan iaitu pada Mei 2013 seperti didakwa oleh Pejabat Perdana Menteri itu..

Lihat di SINI


Jadi kesimpulannya ialah Pejabat Perdana Menteri dah Kantoi cuba memperbodohkan rakyat Malaysia..

Isrel guna slogan pada 2011.. kemudiannya Mongolia ciplak dari Israel pada 2012 dan akhirnya Malaysia pula ciplak dari Mongolia pada tahun 2013..

Dahlah ciplak orang punya tak nak mengaku pulak.. ceh!
Read More

Monday 26 August 2013

40 Barang Keperluan Sahaja Dikecualikan Dari Cukai Baru Kerajaan "GST"

40 barang akan dikecualikan jika GST dilaksana, kata Husni. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kira-kira 40 barangan keperluan asas, termasuk tepung, beras dan gula, akan dikecualikan daripada cukai sekiranya cukai barangan danperkhidmatan (GST) dilaksanakan.



Beliau berkata kajian mengenai perkara itu sedang dilaksanakan, dan rang undang-undang berhubung GST dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.

"Kita sedang berbincang dengan NGO dan syarikat korporat sebelum keputusan mengenai GST diputuskan bagi mengambil kira kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Kampung Kuang Hilir, di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata GST bukan cukai baru yang akan diperkenalkan, sebaliknya ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

"Sebanyak 170 negara telah melaksanakan GST, yang didapati lebih efisien dan moden, dan sudah terbukti meningkatkan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata sekiranya GST dilaksanakan, pendapatan negara dijangka meningkat yang membolehkan kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, selain menurunkan kadar cukai korporat.

"Kita perlu lihat bagaimana hendak mengurangkan kadar cukai korporat supaya lebih ramai pelabur datang ke sini, sekali gus dapat merancakkan ekonomi negara serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Beliau berkata selain memberi manfaat kepada syarikat terlibat, pelaburan juga memberi kebaikan kepada banyak pihak.

"Bila kita melaksanakan satu pelaburan, bukan syarikat sahaja yang memperoleh keuntungan, malah pekerjanya juga akan mendapat keuntungan menerusi kenaikan gaji. Seperti rakyat yang menerima bantuan e-kasih, bantuan bulanan mereka juga akan meningkat," kata Ahmad Husni.

Mengenai Perundingan Belanjawan 2014, Ahmad Husni berkata ia telah selesai dilaksanakan, termasuk di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

"Sabah dan Sarawak dari segi cabaran, ialah pembangunan jangka panjang di kedua-dua negeri itu dalam konteks ia mesti menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi atau pusat ekonomi, dan dengan itu infrastruktur perlu di berikan keutamaan," katanya ~ Bernama
Read More

The Edge Dedahkan Pemilik Syarikat Bas Jatuh Di Genting


Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohd. Mansor Mohd. Noor memaklumkan, berdasarkan siasatan awal, keadaan cuaca ketika tragedi adalah baik manakala keadaan jalan raya di lokasi kejadian juga berada dalam keadaan memuaskan.

Oleh itu polis percaya kecuaian pemandu dan keadaan bas yang tidak berada pada tahap memuaskan dipercayai antara punca nahas ngeri yang mengorbankan 37 nyawa itu.

Berbagai tuduhan dan cerita dilontarkan kepada pemandu yang turut terkorban dalam tragedi itu.. bak kata orang 'Dead man can't talk...' jadi adalah mudah untuk menuduhnya kerana beliau tidak mungkin akan menjawab.

Selain pemandu yang dijadikan kambing hitam yang turut dipersoalkan dalam hal ini ialah tentang bagaimana sebuah bas yang dikatakan uzur itu masih dibenarkan beroperasi turun dan naik kepuncak Genting?

Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam memberitahu beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.

Dalam kemalangan tragis pukul 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang ~ Malaysiakni

Siasatan awal Polis mengenai tragedi itu yang mendapatai bas tersebut telah membawa lebih muatan telah dinafikan oleh Pengerusi SPAD yang tiba-tiba menjadi jurucakap kepada Syarikat bas itu..

Kerana bas berkenaan yang dikatakan didaftarkan sekitar 1997-1998 atau bersamaan usia kira-kira 15 tahun itu menurutnya dibenarkan membawa 43 penumpang termasuk 18 penunpang yang berdiri.


Syed Hamid Albar juga turut menafikan laporan yang mengatakan bahawa Genting Highlands Transport Sdn Bhd telah disenarai hitam oleh JPJ.

Katanya menurut laporan yang diterima oleh SPAD dari Polis, JPJ dan jga SPAD sendiri menyatakan syarikat itu tidak disenarai hitam.

Kenapa Syed Hamid tiba-tiba sibuk menjadi jurucakap syarikat bas itu sedangkan beliau sepatutnya bercakap bagi kepentingan rakyat bukannya Syarikat bas?

Baca apa yang didedahkan oleh The Edge ini..

Read More

Johara Diancam Bunuh Selepas insiden Liga Perdana Sarawak digelak “Cap Ayam”


Selain isu politik yang amat sensitif di kalangan rakyat Malaysia, isu bola sepak juga tidak kurang hebatnya di sini apabila insiden Liga Perdana Sarawak digelak “Cap Ayam” oleh penyampai radio Era FM.


Dan yang terbaru, Johan, Ray dan juga Haniff diarah untuk memohon maaf dalam rancangan mereka JohaRa Pagi Era minggu depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.
“Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri hari ini.
Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.
“Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham,” katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.
Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti.
Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.
Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.
Read More

[VIDEO] Motor Scrambler Kawasaki " ZIZAN"

[VIDEO] UPDATE JENTERA HIJAU ZIZANHebat kan diorang nie..hobi dan usaha yang patut dikongsi dan dicontohi untuk korang semua..bak kata orang-orang tua..di mana ada usaha di situ ada jalan..untuk mengejar cita-cita dan sesuatu yang diingikan kenelah berusaha bersungguh-sungguh kan?..semoga korang semua berusaha gigih dan cekal untuk memenuhi cita-cita dan apa jua yang diinginkan okay..nanti dah berjaya..jangan lupa untuk bantu orang lain untuk berjaya pulak..hehehehe..dekat bawah nie kiteorang nak kongsi video yang memang selalu nya khas untuk korang semua..enjoy!Hi korang semua! entri pada kali ini, kiteorang nak update pasal “Jentera Hijau” Zizan tu..ingat lagi tak? kepada korang yang tak tau apa “Jentera Hijau” nie bole lah tengok entri kiteorang sebelum nie okay. Baru-baru nie Zizan berkesempatan meluangkan masa untuk menguji jentera hijau kesayangan nya nie, yang dalam proses uji dan selidik kelemahan enjin dan pengendalian nya. Terdapat beberapa kelemahan yang Zizan dan Ujang penunggang jentera hijau ini dikenal pasti, dan pengubahsuaian dan sedikit adjustment perlu dilakukan untuk mendapat pengendalian dan kelajuan yang diinginkan.


Read More

Tendang mertua - Pijak Bumbung Polis Semasa Meleraikan Mereka


ANGGOTA polis menunjukkan kesan kemek pada bumbung sebuah kereta Proton Waja milik polis yang dirosakkan oleh seorang pemuda amuk.
KUCHING - Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah kewangan bertindak di luar kawalan apabila memijak bumbung kereta peronda polis (MPV) ketika pasukan keselamatan itu cuba meleraikan kejadian amuk di Lorong Burung Lilin, Jalan Arang di sini.
Kejadian pukul 6 pagi semalam itu menyebabkan bumbung Proton Waja milik polis kemek akibat dihentak dengan kaki oleh suspek yang berusia 29 tahun.
Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek yang menganggur mengamuk dengan merosakkan harta benda di rumah bapa mertuanya

Read More

Dibunuh Tanpa Punca - Family Tekad Bedah Siasat Dulu




IPOH – Bapa kepada Sherul Aizam, Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat tetap mahu pihak berkuasa melakukan siasatan dan bedah siasat kedua ke atas mayat anaknya sebelum jenazah berkenaan dikebumikan.
Menurut Mohd. Damanhuri, 50, sebagai bapa dan waris, dia memahami peranan serta tanggungjawab sebagai umat Islam supaya menyegerakan urusan pengebumian jenazah Allahyarham Sherul Aizam, namun dia hanya mahukan kepastian mengenai punca sebenar kematian anaknya.
Bagaimanapun, dia dan keluarga bersedia duduk semeja dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sekiranya pihak berkenaan memanggil mereka untuk membincangkan isu tersebut.

Read More

Player Kelantan - Dickson Nwakaeme Dilihat Masih Tumpul


Jentera serangan Kelantan yang diterajui awang import, Dickson Nwakaeme dilihat masih tumpul meskipun The Red Warriors berjaya membenam Terengganu 2-0 dalam aksi Kumpulan C Piala Malaysia 2013 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Situasi tersebut diakui sendiri oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak selepas barisan serangannya gagal menyudahkan deretan peluang untuk menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.
Hodak berkata, beliau memandang serius situasi tersebut dan berharap tempoh yang ada menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan malam esok, akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengatasi masalah berkenaan.
"Harapan saya agar ketumpulan jentera serangan yang dihadapi oleh pasukan Kelantan dapat diperbaiki dengan kadar segera kerana saingan akan menjadi lebih sengit selepas ini.
"Begitupun, masalah ini akan kembali pulih tidak lama lagi dan Nwakaeme semakin mendapat rentak sebenar dengan menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan.
"Anda boleh lihat bagaimana dia berusaha keras dan berjaya membentuk gandingan mantap bersama Mohd. Nor Farhan Mohamad, Indra Putra Mahyuddin dan Piya (Mohd. Badhri Radzi)," kata Hodak ketika ditemui pemberita semalam.
Pada aksi kelmarin, Kelantan memperoleh gol pertama pada minit kesepuluh apabila Nwakaeme yang tidak dikawal berjaya melonjak tinggi untuk menanduk bola hasil lambungan Badhri.
Pemain gantian, Zairol Anuar Zailani menambah derita skuad Peteh dengan meledak gol kedua menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter.
Jika tidak kerana ketumpulan jentera serangan, The Red Warriors berkemungkinan besar berpesta gol dalam perlawanan tersebut.
Terengganu juga seharusnya berterima kasih kepada barisan pertahanan dan penjaga gol, Mohd. Sharmiza Yusoff yang banyak memainkan peranan dalam mengekang setiap asakan Kelantan sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Hodak memberitahu, jaringan awal yang dihasilkan oleh Nwakaeme menjadi pembakar semangat barisan pemainnya dengan menguasai hampir keseluruhan perlawanan menerusi asakan bertali arus ke kubu pasukan lawan.
"Saya gembira dengan keputusan semalam (kelmarin) dan melihat Kelantan telah kembali pada landasan sebenar.
"Jadi saya berharap momentum tersebut dapat diteruskan menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan di Paroi, Selasa ini (malam esok)," katanya.
Read More

Guna Kondom Terpakai Buat Baju Gaun

Sebelum anda mengetahui apa gaun ini dibuat daripada, jawab soalan ini. Apakah anda mahu membeli dan memakai gaun seperti ini?








Di Toronto, di beberapa pusat membeli-belah dibuka kedai yang menjual gaun yang direka dan dibuat dari kondom. Produk ini telah sangat cepat penggemarnya, dan anak-anak mula membeli beberapa gaun sekaligus.

Gaun kondom juga boleh didapati di pasaran dan pameran, namun populariti terbesar gaun kondom ini ada di Jepun dan China. Satu gaun boleh berharga dari $ 100 hingga $ 1000.
Read More

Penawar Melegakan Penyakit Asma Masyarakat India




Ribuan pesakit kelihatan berada di wilayah selatan India untuk mengubati penyakit asma mereka. Para pesakit tersebut siap menelan hidup-hidup ikan tuna yang sudah dilumuri dengan ramuan ubat rahsia.

Beribu-ribu orang berjalan menuju Hyderabad setiap bulan Jun untuk melakukan rawatan yang ditawarkan oleh keluarga Goud secara percuma betul-betul di hari yang dipilih oleh para ahli perbintangan.

Keluarga Goud mendakwa bahawa mereka mendapatkan ramuan rahsia tersebut dari orang Suci Hindu sekira 170 tahun yang lalu. Mereka menolak permintaan doktor yang meminta ramuan tersebut, dengan alasan bahawa orang suci tersebut memberi amaran bahawa keajaiban ramuan tersebut boleh hilang jika diperjualbelikan.

Seperti dipetik Straits Times, setelah para pesakit menelan ikan tersebut, mereka diwajibkan untuk diet selama 45 hari.

Mereka dilarang memakan 25 jenis makanan, seperti daging kambing, gula putih, mangga kering dan bayam. Mereka juga tidak dibenarkan makan makanan yang digoreng dan menjalankan rawatan selama dua tahun.

Read More

Aksi Doktor Kantoi Apabila Sedang Mencabuli Pesakit

ROMA - Kamera tersembunyi sebuah stesen televisyen, berjaya merakam aksi doktor mengambil kesempatan kepada pesakitnya di Rom, Itali.



Si doktor kelihatan sedang meraba-raba pesakit perempuannya. Kamera tersembunyi memang sengaja dipasanga oleh kru televisyen, untuk sebuah program bernama 'striscia la notizia'.

Diwartakan Daily Mail, Jumaat (8/6/2012), acara ini berniat membongkar tindakan doktor paruh baya yang praktik di sebuah klinik peribadi.

Saat si doktor sedang asyik 'mendiagnosis' pesakitnya, Jimmy Ghione, reporter stesen televisyen itu, langsung menceroboh masuk ke ruang amalan. Tak ayal, si doktor mesum yang marah dan malu, langsung menyerang Ghione.

Acara ini di-setting untuk memerangkap si doktor. Pesakitnya pun diduga salah satu kru acara yang menyamar. Pesakit masuk ruang doktor dan berbaring di tempat tidur ruang praktik. Si doktor kemudian mengangkat atasan dan bra pesakit.

"Saya mencium dengan mulut yang tepat. Jangan bergerak, saya takkan membuat anda hamil dengan cara ini," bisik si deokter sambil meraba tubuh si pesakit.

Si doktor dan mengurut dada pesakitnya, lantas menunduk untuk mencium payudara si pesakit. Saat si doktor hendak mencium bibir, si pesakit menolaknya.

Saat berusaha mencium lagi, si pesakit tetap menolak, dan doktor menepuk tubuh si perempuan, agar bangun dari tempat tidur.

Nah, saat itulah, si reporter masuk ruang periksa, dan memergoki si doktor yang birahinya belum surut.

Doktor berusaha merebut kamera dan memukul para kru, termasuk Ghione. Pertengkaran terus berlanjutan hingga ke luar klinik. Belum jelas bagaimana nasib si doktor setelah aksi lucahnya ditelanjangi
Read More
Designed By Seo Blogger Templates