Monday 26 August 2013

Vince Nafi Kahwini Paramugari Tahun Ini



Penyanyi popular yang mula dikenali selepas menjuari rancangan realiti Akademi Musim pertama, Vince bakal menamatkan zamat bujang bersama gadis pilihan, Fiona Edward, 32 yang juga bekerja di syarikat penerbangan Malaysia Airline System (MAS).

Memilih untuk melangsungkan upacara perkahwinan di Janda Baik adalah kerana bersesuaian dengan jiwa Vince yang gemarkan kedamaian dan konsep perkahwinan itu nanti adalah bertemakan dalam taman.
“Saya akan melangsungkan perkahwinan pada Mac tahun depan, namun tarikh sebenar nanti saya beritahu kemudian kerana masih dalam perbincangan.

“Setakat ini kami merancang untuk mengadakan majlis secara sederhana bersama keluarga terdekat dan rakan-rakan dalam suasana taman dan alam semula jadi,” katanya.

Menurut Vince lagi, keakraban tunangnya itu dengan keluarganya membuatkan dia memilih Fiona sebagai bakal isteri tambahan pula perangainya yang mudah bertolak ansur dan memahami dirinya yang agak panas baran.
Pasangan ini telah pun bertunang pada 30 September lalu di Bali, Indonesia.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates