Tuesday 27 August 2013

Pejabat PM Kantoi!! Israel Guna "Endless Possibilities" Tahun 2011 Bukan 2013..



Akhirnya terdedah juga nrgara manakah yang mula-mula menggunakan slogan 'Endless Possibilities' yang akan dilanvarkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak November ini.

Setelah isu mengenai slogan ini mula dibangkitkan oleh Blog-blog Pro UMNO dan kemudiannya disemarakkan pula oleh Blog-blog Pro Pakatan Rakyat, Pejabat Perdana Menteri telah menafikan dakwaan dari Blog-blog tersebut.

Penafian yang lebih kepada satu usaha untuk memperbodohkan rakyat itu telah mendakwa bahawa Malaysia adalah negara yang mula memperkenalkan slogan tersebut.

Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Ianya bukanlah diciplak dari Israel tetapi telah dilancarkan terlebih dahulu oleh Malaysia sebelum Isrel turut menggunakannya bagi industri pelancongan negara itu.

Slogan "Endless Possibilities" pertama kali dilancarkan Malaysia semasa Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland 25 Januari 2013.

Empat bulan selepas pelancarannya itu negara Israel turut mengikuti slogan sama bagi industri pelancongan negara itu. Kempen `Endless Possibilities’ sebenarmya sudah bermula awal tahun ini tetapi pelancarannya ialah pada 17 September depan,

Semua menteri sudah diberikan penerangan mengenainya,” kata sumber dari PMO itu kononnya.. 

Berikutan dengan penafian itu The Malay Mail Online pula mendedahkan bahawa terdapat dua video clip yang menggunakan slogan "Endless Possibilities" dan ianya adalah videoclip yang mempromosikan negara Mongolia.

Dua video yang telah dimuatnaik ke dalam YouTube pada tarikh 19 Februari 2012 setahun sebelum dilancarkan oleh Malaysia dengan tajuk 'Mongolia Endless Possibilities' oleh CNN menimbulkan persoalan yang baru.

Kerana pada dasarnya  Pejabat Perdana Menteri mendkwa Israel meniru Malaysia berdasarkan pada tarikh slogan diperkenalkan, oleh itu berdasarkan pada tarikh video dimuatnaik Malaysia dianggap meniru Mongolia.. sila lihat videonya di ( SINI)

Bagaimanapun belum sempat Pejabat Perdana Menteri menjelaskan mengenai kaitan antara 'Endless Possibilities Malaysia; dan 'Endless Possibilities Mongolia' terdedah pula satu lagi website yang menjelaskan negara mana yang mula-mula memperkenalkan slogan itu..

Website 'Israel Tours Holy Land and Israel Travel' dengan artikel bertajuk 'Haifa a city with endless possibilities in Israel' mendedahkan tarikh sebenar slogan 'Endless Possibilities' mula diperkenalkan oleh negara haram yahudi itu..

Tarikh slogan itu mula diperkenalkan dan digunakan oleh Kementerian Pelancongan Israel ialah pada Disember 2011 bukannya empat bulan iaitu pada Mei 2013 seperti didakwa oleh Pejabat Perdana Menteri itu..

Lihat di SINI


Jadi kesimpulannya ialah Pejabat Perdana Menteri dah Kantoi cuba memperbodohkan rakyat Malaysia..

Isrel guna slogan pada 2011.. kemudiannya Mongolia ciplak dari Israel pada 2012 dan akhirnya Malaysia pula ciplak dari Mongolia pada tahun 2013..

Dahlah ciplak orang punya tak nak mengaku pulak.. ceh!


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates