Tuesday 27 August 2013

Harnez Suraya Dilabel "BABI" Oleh Peminat


 Beberapa hari lalu, heboh diperkatakan mengenai pelakon, Hanez Suraya di maki oleh peminatnya melalui laman Twitternya kerana peminat tersebut mendakwa aktress drama Sedetik Cinta ini seorang wanita gatal dan sering me-retweet status peminat lelaki sahaja.
Dilabel ‘Babi’ Oleh Peminat, Hanez Suraya Tampil Beri Penjelasan
Tidak cukup dengan dakwaan tersebut, peminat itu turut menempelak Hanez dengan melemparkan gelaran babi terhadap aktres ini. Namun menurut pelakon ini, isu itu bukanlah hal yang besar dan ianya nampak serius kerana rasa tidak berpuas hati peminat berkenaan.
“Bila ada masa lapang, kebiasaannya saya akan balas dan ‘retweet’ semula komen-komen peminat di Twitter. Tapi pada hari tersebut terlalu banyak komen daripada peminat. Disebabkan terlalu banyak, Hanez tidak dapat balas semuanya dan hanya dahulukan ‘tweet’ yang mana penting dari teman-teman rapat dan pihak media.
“Tidak sangka pula ada peminat yang marah dan tanpa usul periksa dia kata Henez hanya balas ‘tweet’ pada peminat lelaki sahaja,” ujarnya yang dipetik dari Malaydigest.
Tambahnya lagi, dia tidak cepat melenting mengenai perkara itu kerana menyifatkan isu tersebut hanya remeh dan jika dilayan ianya akan berlarutan.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates