Monday 26 August 2013

Kilafairy Tidak Kisah Kritikan Peminat Berkenaan Tidak Pakai Seluar


Jika sekitar bulan Ramadhan yang lalu, aktress berbibir seksi, Kilafairy telah ditemplak gara-gara memuat naik video yang menunjukkan die memakai baju sehingga paras peha dan di dakwa tidak berseluar.
Isu Video Tak Pakai Seluar: Kilafairy Akui Tak Ambil Kisah Dengan Kritikan Peminat
Namun jelas Kila, kritikan yang dilemparkan terhadapnya tidak sedikitpun memberi kesan buruk terhadap kerjaya mahupun perniagaan fesyennya.
“Saya tak ambil kisah pun dengan kritikan itu dan ia tak menjejaskan kerjaya mahupun perniagaa saya. Lagipun video tu sebenarnya adalah sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan baju jenama fesyen saya. Memang nampak macam saya tak pakai seluar tapi sebenarnya pakai baju-t dengan legging yang berwarna kulit. Cuma orang ingat saya tak pakai seluar.”
“Kepada pihak yang tersinggung dan yang rasa terganggu dengan video tu, saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya pun dah padamkan video itu dari  Instagram saya,” jelasnya kepada Malaysian Digest.com.
Dalam pada itu, Killa turut mengakui perkara tersebut memberi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati pada masa hadapan dan dia bercadang untuk menggunakan model sahaja agar perkara sebegini tidak berulang lagi.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates