Monday 26 August 2013

Pelakon Cili Padi - Syanie Bakal Langsungkan Perkahwinan Keduanya Mac Ini


 Tahniah kami ucapkan buat pelakon, Syanie kerana bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada tahun hadapan.
Syanie Bakal Dirikan Rumah Tangga Buat Kali Kedua Mac Tahun Depan
Menurut pelakon filem Senario ini, kegagalan dalam perkahwinan pertamanya tidak menghalang untuk beliau meneruskan hasrat untuk bergelas seorang isteri buat kali kedua.
Jelas pelakon ini, dia telah bergelar tunangan orang sejak Syawal lalu dan majlis perkahwinan dia dan jejaka pilihannya akan berlangsung sekitar Mac tahun hadapan.
Menerusi Metro Ahad, Syanie menyatakan majlis hari bahagia itu nanti akan diadakan di Pulau Langkawi bertepatan dengan tema perkahwinan idamannya iaitu tepi pantai dan ala dalam taman.
Sekali lagi, tahniah kami ucapkan buat Syanie dan tunangnya. Semoga ikatan yang dibina ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates