Sunday 25 August 2013

Lelaki Mental Bunuh Jiran Sendiri




PASIR PUTEH - Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh di sini hari ini atas tuduhan membunuh jirannya dengan pisau di Kampung Daramain, Perupok, Bachok, 11 Ogos lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Badrul Hisham Mamat, 29.
Dia didakwa membunuh jirannya, Mohd. Nazalmi Mat Nawi, 29, di beranda sebuah rumah di Kampung Daramain pada pukul 2.10 petang 11 Ogos lalu.
Mahkamah menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula untuk mendapatkan laporan kesihatan mental kerana tertuduh disyaki tidak siuman. - KOSMO!



No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates