Monday 26 August 2013

The Edge Dedahkan Pemilik Syarikat Bas Jatuh Di Genting


Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohd. Mansor Mohd. Noor memaklumkan, berdasarkan siasatan awal, keadaan cuaca ketika tragedi adalah baik manakala keadaan jalan raya di lokasi kejadian juga berada dalam keadaan memuaskan.

Oleh itu polis percaya kecuaian pemandu dan keadaan bas yang tidak berada pada tahap memuaskan dipercayai antara punca nahas ngeri yang mengorbankan 37 nyawa itu.

Berbagai tuduhan dan cerita dilontarkan kepada pemandu yang turut terkorban dalam tragedi itu.. bak kata orang 'Dead man can't talk...' jadi adalah mudah untuk menuduhnya kerana beliau tidak mungkin akan menjawab.

Selain pemandu yang dijadikan kambing hitam yang turut dipersoalkan dalam hal ini ialah tentang bagaimana sebuah bas yang dikatakan uzur itu masih dibenarkan beroperasi turun dan naik kepuncak Genting?

Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam memberitahu beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.

Dalam kemalangan tragis pukul 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang ~ Malaysiakni

Siasatan awal Polis mengenai tragedi itu yang mendapatai bas tersebut telah membawa lebih muatan telah dinafikan oleh Pengerusi SPAD yang tiba-tiba menjadi jurucakap kepada Syarikat bas itu..

Kerana bas berkenaan yang dikatakan didaftarkan sekitar 1997-1998 atau bersamaan usia kira-kira 15 tahun itu menurutnya dibenarkan membawa 43 penumpang termasuk 18 penunpang yang berdiri.


Syed Hamid Albar juga turut menafikan laporan yang mengatakan bahawa Genting Highlands Transport Sdn Bhd telah disenarai hitam oleh JPJ.

Katanya menurut laporan yang diterima oleh SPAD dari Polis, JPJ dan jga SPAD sendiri menyatakan syarikat itu tidak disenarai hitam.

Kenapa Syed Hamid tiba-tiba sibuk menjadi jurucakap syarikat bas itu sedangkan beliau sepatutnya bercakap bagi kepentingan rakyat bukannya Syarikat bas?

Baca apa yang didedahkan oleh The Edge ini..



No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates