Gara-gara Shila Amzah memuat naik gambarnya bersama pelakon, Johan As’ari ketika dia berkunjung ke rumah terbuka aktor tersebut telah menyebabkan timbul gosip yang mengatakan kedua anak seni ini sedang bercinta anaknya.
Selaku ayah kepada Shila, ND Lala menjelaskan seharusnya anaknya itu bijak menilai sesuatu perkara dengan lebih rasional dan dia menyifatkan gosip cinta diantara anaknya dan Johan adalah perkara biasa sahaja.
“Kenapa sebut satu nama sahaja? Saya lihat ada banyak nama yang dikaitkan dengan dia (Shila Amzah). Sebagai manusia yang sedang membesar, dia akan melalui pelbagai proses. Bila seseorang itu lalui pelbagai proses, ada pelbagai bentuk cabaran yang dia akan lalui.”
“Jadi, apa sahaja orang nak cakap, kita pulangkan balik itu sebagai hak dia (peminat).Tetapi ketika dia bercakap itu mendatangkan manfaat atau fitnah, hanya dia sendiri yang akan jawab,” ujarnya menerusi portal Ohbulan.
No comments:
Post a Comment