Wednesday 12 February 2014

Nabil Kecewa Dapat Nombor Last Dalam Maharaja Lawak Mega Dan Berhasrat Bersara?

Nabil Kecewa Dapat Nombor Last Dalam Maharaja Lawak Mega Dan Berhasrat Bersara? - Ramai sungguh selebriti yang merajuk selepas dikecam peminat. Salah-satunya baru-baru ini adalah pelawak, Nabil Ahmad. Beliau mengakui tidak akan memasuki apa-apa pertandingan lawak yang bertanding dengan pelawak berkumpulan selepas ini melainkan program tersebut memerlukan pelawak-pelawak bersaing secara solo.
Katanya ianya tiada kena-mengena dengan insiden lawaknya terhadap Luna Maya sebelum ini.
“Seperti saya cakap sebelum ini, saya tidak akan masuk pertandingan lagi melainkan program itu memerlukan semua bertanding secara solo, kalau tak, saya tak akan sertai lagi.”
Nabil Ahmad Merajuk, Tidak Akan Masuk Pertandingan Lawak Lagi?
“Lagipun sebelum ini saya pernah masuk secara berkumpulan dengan Boboi dan dapat nombor tiga, kali ini secara solo,” katanya.
Tambahnya, ianya tidak adil jika lawak solonya dibandingkan dengan sekumpulan pelawak.
“Bagi saya penilaian orang lain pada saya agak tidak adil kerana saya satu kepala lawan tiga kepala dan bila saya buat lawak mereka rasa tak kelakar.”
“Jadi selepas ini bila ada pertandingan solo, barulah orang boleh menilai secara individu, siapa yang lebih hebat,” katanya.
Nabil Ahmad Merajuk, Tidak Akan Masuk Pertandingan Lawak Lagi?
Menjelaskan tentang persembahannya yang agak hambar pada malam akhir MLM2013, ”Sebaik pulang ke Kuala Lumpur, saya telah lakukan sesi latihan berulang kali dan saya memang cuba buat yang terbaik.”
“Saya menangis bukan kerana sedih, tetapi apa yang saya rasa atas pentas, saya harap penonton juga dapat rasa.”
Namun, disebalik kekecewaan ini, Nabil nampaknya masih aktif dan akan ada single terbaru bersama penyanyi cilik Indonesia, Tegar tidak lama lagi.



No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates