Wednesday 12 February 2014

Separuh Mati Dibelasah Akibat Keluar Bersama Isteri Orang

Separuh Mati Dibelasah Akibat Keluar Bersama Isteri Orang - Semalam kita dikhabarkan dengan berita seorang lelaki koma dibelasah oleh sekumpulan lelaki kerana keluar dengan wanita yang berstatuskan isteri orang itu, meninggal dunia malam tadi di Hospital Kajang.
Dibelasah kerana keluar dengan isteri orang,sepupu beri penjelasan
Dan hari ini seorang yang mengaku dirinya sepupu mangsa telah memberikan penjelasan di status facebooknya bahawa mangsa tidak pernah mengetahui wanita tersebut sudah pun berkahwin berikut adalah status sepupu mangsa
Allahyarham Ahmadi Zuhori Yahya, 28, mengalami pendarahan otak akibat dipukul dengan objek tajam.
Kini tersebar pula sekeping gambar print screen status di laman Facebook yang mendakwa dirinya adalah sepupu kepada mangsa.
Dibelasah kerana keluar dengan isteri orang sepupu beri penjelasan
Syahmieka Ieka, mendakwa mangsa tidak pernah mengetahui bahawa wanita yang didampinginya itu adalah isteri orang. Katanya lagi, sepupunya itu belum gila lagi nak mengahwini isteri orang. Syahmieka meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai mangsa.
p/s:Kepada semua orang tolonglah berfikir sebelum bertindak, Gangster sangatkah anda semua sanggup belasah orang yang tidak bersenjata dan seorang diri sehingga mati? manakah nilai-nilai kemanusian dalam diri masing-masing. Lelaki tersebut baru jew keluar dengan isteri orang bukannya dia buat apa pun dan dia pun tak tahu wanita tersebut sudah berkahwin. Admin sudah banyak membaca orang-orang yang dibelasah seperti ini ada yang meninggal kerana curi rm2 duit tabung masjid dan macam-macam lagi.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates