Wednesday 12 February 2014

Ilmu hitam pukau suami orang, makan diri

Ilmu hitam pukau suami orang, makan diri | Kuala Terangganu gara-gara ingin menjadi kaya dan hidup mewah seorang wanita sanggup mencari wang sebanyak rm8000 dengan mengadaikan tubuhnya untuk dijamah orang ramai.
Ilmu hitam pukau suami orang, makan diri
Perkara itu dilakukan hanya semata-mata ingin memiliki Batu mani  gajah yang dijadikan tangkal, dan katanya batu itu telah menundukkan lebih 50 lelaki kaya dan semua harta dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun.
Bagaimanapun, langit tidak selalunya cerah kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.
Itu kejadian menimpa seorang wanita berusia 31 tahun mahu dikenali sebagai Haslinda yang sebelum ini hidup bergelumang dosa, semata-mata untuk hidup mewah.
“Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita.
“Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates