Tuesday 11 February 2014

TIPS: 'Selfie' memberikan kesan buruk kepada otak.



Harini SI GHA THAI nak terangkan apakah yang dikatakan dengan SELFIE.. adakah ia sejenis makanan laut? keropok lekor? mahupun perasa dalam makanan? ternyata skali tidak..... SELFIE adalah singkatan kepada gabungan perkataan potret diri sendiri (self-potrait). SELFIE juga merujuk kepada perbuatan suka mengabadikan gambar sendiri yang ditangkap tanpa bantuan orang lain. Senang cita...... lu tangkap gambar sendiri, lu senyum2 mcm ikan keli yang sakit gigi dan ulu hati.....

Tidak kira tua, anak dara, janda, duda, cina, india, melayu rata-rata telah dijangkiti virus SELFIE.. X percaya? sebagai contoh tengok facebook, boleh dikatakan setiap USER facebook memiliki gambar SELFIE.  

Selfie boleh dikategorikan sebagai satu tabiat yang SI GHA THAI  sendiri pun tak paham. Bagi pendapat SI GHA THAI ,  ianya bergantung kepada niat.... kalau saja2 nak menunjuk yang kita ni sangat sangat sangat sangat cute, handsome, matang, macho dan sebagainya baik hentikan..... tapi jangan la kita terus membenci mereka dgn menyalakan niat didalam hati "eee..perasan btol" sebaliknya hadapilah dengan senyuman... mungkin golongan SELFIE ni betol2 kesunyian... keseorangan..kurang perhatian....kurang kasih sayang....... siapa tahu?

Takperlu, Takkabur. Takperlu, bongkak. Takperlu, sombong. Takperlu, riak. Semua bersifat sementara.


'SELFIE' MEMBERIKAN KESAN BURUK TERHADAP OTAK



Terlalu banyak 'selfie' ada kesan kepada mental.

Jabatan Kesihatan Mental Thailand memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.

Budaya selfie ini semakin popular di kalangan pengguna internet, terutama remaja dan kumpulan pelajar, dimana mereka memuat naik gambar-gambar mereka ke laman media sosial bagi mendapatkan perhatian, kata Timbalan Ketua Pengarah, Panpimol Wipulakorn dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

“Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan,” tambah Dr Panpimol.

Thailand mempunyai kira-kira 19 juta pengguna Facebook dan 800,000 pengguna Instagram, menurut satu kajian oleh Agensi Pembangunan Transaksi Elektronik (ETDA), sebuah organisasi awam.

Pakar kesihatan mental itu memetik kata-kata seorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates