Tuesday 11 February 2014

SUAMI NING BAIZURA CURANG BERHUBUNGAN TERLARANG DENGAN LELAKI LAIN




SUAMI NING BAIZURA CURANG BERHUBUNGAN TERLARANG DENGAN LELAKI LAIN - Suami Ning Baizura curang bersama lelaki lain? Pada awalnya Ning Baizura merasakan sesuatu yang tidak kena pada suaminya yang kurang mengambil perhatian terhadapnya. Namun akhirnya Ning mendapat jawapan apabila mendapat tahu suaminya telah melakukan hubungan yang terlarang bersama lelaki lain. Kepada peminat Ning Baizura jangan terkejut dengan berita ini. Suami yang dimaksudkan bukanlah suaminya yang sebenar iaitu Omar Sharif tetapi suami Ning yang dimaksudkan adalah watak dalam musik video terbarunya. Ini adalah antara babak-babak yang dilakonkan dalam Musik video tersebut berjudul “Bukan Wanita Sempurna”.


Agak terkejut bila tengok muzik video tersebut walaupun dihasilkan dengan begitu baik sekali tetapi Papa Gucci risau apabila menonton shot serta konsep yang digunakan Ning. Mana tidaknya, kisah suami curang dengan kaum sejenis adalah mimpi buruk bagi semua wanita dan Ning berani mengetengahkan isu ini.

Apa-apa pun suda lama Papa Gucci menanti kemunculan diva suara besar ala soprano ini selepas satu demi satu strategi diatur demi comeback dalam dunia seni nyanyian.

Jom kita tonton musik video ini yang mungkin akan cetuskan kontroversi


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates