Sunday 23 February 2014

PANAS: Isteri bertudung sanggup jual gambar bogel dan aksi ghairah pada kadar sekeping RM96.00

PANAS!!! isteri bertudung sanggup jual gambar bogel dan aksi ghairah pada kadar sekeping RM96.00 


"Malah, saya sendiri menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang .. saya begitu kesal sekali dan mula menyedari bahawa saya kurang memberikan belaian dan kasih sayang... apalagi wang ringgit.... " keluh Adnan - suami  (bukan nama sebenar).

KUCHING : Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 24 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.

Nasihat kami kepada anda, awasilah pergerakan isteri ataupun suami anda. Selalu semak telefon bimbit, akaun laman sosial mahupun apa jua yang mampu mendatangkan risiko kepada rumah tangga anda. Usah biarkan nasi menjadi bubur, kelak jatuh tersungkur. Apa salahnya berkongsi akaun laman sosial mahupun bertukar-tukar simkad.
Gambar sekadar hiasan. Bertaubatlah, allah maha pengampun lagi maha mengasihani.
Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

sajak yang direka sendiri oleh Zahiril Adzim untuk isterinya, Shera.
romantik dan bermakna sangat! ♥ 


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates