Thursday 26 September 2013

Nora Disoal Siasat Kenapa Nadeem Pergi Ke Myanmar Bersamanya

Nora Disoal Siasat Kenapa Nadeem Pergi Ke Myanmar Bersamanya - RAMAI yang tahu, pelakon Nora Danish membawa pulang ‘kekasihnya’ yang dikenali dengan nama Nadeem atau nama sebenarnya Nadim Mohamed Nazri ke kampung sebelah ibunya di Myanmar baru-baru ini.


Pemergian mereka turut diiringi ibu serta kakak Nora. Bagaimanapun, apabila Nadeem menemani Nora balik ke kampung, ramai yang membuat spekulasi mungkin hubungan mereka sudah berada pada tahap yang lebih serius.
Nora yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonannya bersama Farid Kamil, Bencinta di TGV, Sunway Piramid pada Isnin lalu tidak menyembunyikan perkara tersebut.
Secara terang-terangan, Nora mengakui membawa kekasihnya itu yang juga anak kepada Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ikut serta untuk menjaga keselamatan mereka semua memandangkan keadaan bergolak yang berlaku di negara tersebut.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Nora.
Kosmo!: Apakah tujuan Nora membawa Nadeem ke Myanmar?
NORA: Nadeem menemani saya ke Myanmar lebih kepada menjaga keselamatan kami memandangkan semua yang pergi adalah wanita. Myanmar sedang bergolak dengan isu masyarakat Islam Rohing- ya, jadi Nadeem dan rakannya menemani kami dan saya berbesar hati kerana rasa lebih selamat dengan kehadirannya.
Kenapakah anda ke Myanmar?
Saya ke Myanmar kerana moyang saya yang berusia 96 tahun telah meninggal dunia pada minggu lalu. Ibu saya memang teringin sangat untuk berjumpa dengannya tetapi asyik tertangguh sehingga dia meninggal dunia. Sekarang, ibu dalam proses untuk memujuk nenek saya di Myanmar untuk tinggal bersama kami di Malaysia. Selain itu, saya juga melawat kilang produk bedak Tanaka keluaran saya.
Bagaimanakah dengan penerimaan keluarga anda di sana terhadap Nadeem?
Sebenarnya kami ada masalah bahasa, hanya ibu saya yang faham dan fasih bahasa Myanmar. Mereka tidaklah berbual banyak sangat sebab lebih guna bahasa isyarat. Setakat apa yang saya lihat semuanya okey dan dapat menerimanya dengan baik.
Tidakkah anda rasa kalian terlalu terbuka dengan hubungan cinta kerana kerap berkongsi gambar bersama peminat?
Saya tidak salahkan sesiapa apabila orang bercakap tentang kami sebab semuanya salah saya sendiri yang gatal tangan memuat naik gambar kami berdua di Instagram. Sebenarnya, saya sendiri terkejut apabila Nadeem turut membuka akaun khas kami berdua untuk tatapan peminat.
Nampaknya Nadeem seperti sudah serasi dengan dunia glamor anda?
Alhamdulillah, memang dia boleh masuk dengan dunia saya, bahkan dia sekarang sudah ada peminatnya sendiri dan cukup rajin melayan mereka di Instagram (ketawa).
Jika sudah begitu, nampaknya kalian memang tidak menyembunyikan langsung percintaan kalian. Mungkinkah itu satu tanda kalian akan berkahwin tidak lama lagi?
Buat masa ini, kami tidak terfikir ke arah itu lagi kerana masing-masing sudah ada pengalaman dengan kegagalan perkahwinan sebelum ini. Jadi, banyak perkara yang harus kami ambil kira dan fikir sebelum ambil langkah seterusnya. Siapa yang tidak mahu berkahwin, doakan yang terbaik untuk saya.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates