Sunday 8 September 2013

Aidil Zafuan - Jika Berkahwin Lain, Tolong Jaga Maruah Suami


Rata-rata peminat dunia hiburan sudah mengetahui berita pihak mahkamah mengesahkan cerai yang dilafazkan oleh Aidil Zafuan kepada bekas isterinya, Rita Rudaini menerusi khidmat pesanan ringkas(SMS).
Kes Cerai, Aidil Akui Bersedih, Nasihatkan Agar Rita Jangan Aibkan Suami Lagi
Menurut pemain bola sepak negara ini, dia mengakui sedih dengan penceraiannya itu namun ia tetap merasa terkilan dengan sikap bekas isterinya itu yang sering memburukkan namanya melalui media sosial.
“Dia melepaskan geram dengan cara itu sedangkan hal rumah tangga tidak boleh dihebohkan. Apapun dia pernah menjadi isteri dan masih ibu kepada anak-anak saya. Saya sedih dengan perceraian ini, tetapi reda atas apa yang berlaku kerana saya yakin ada hikmah di sebaliknya.”
“Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita Rudaini, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaibkan suami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Rita turut menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan Aidil yang dikatakan mengambil tindakan terburu-buru dan menceraikannya melalui SMS sebagai satu penghinaan buat dirinya.
“Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami,” ujar.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates