Friday 6 September 2013

Pelajar Barat Datang Malaysia Belajar Guna Visa Palsu


ABDUL KADIR (kanan) menyoal siasat pelajar kolej swasta warga Afrika yang ditahan atas kesalahan menggunakan visa palsu di Seremban semalam.


SEREMBAN – Seramai 12 warga Afrika yang juga pelajar sebuah kolej swasta di sini ditahan Jaba- tan Imigresen Negeri Sembilan semalam selepas didapati menggunakan visa palsu.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Abdul Kadir Husin berkata, taktik kesemua pelajar lelaki berkenaan terbongkar selepas mereka diarahkan untuk tampil ke pejabat Imigresen negeri berhubung kegiatan pemalsuan dokumen.
“Selepas membuat semakan, kita mendapati beberapa dokumen milik pelajar berusia antara 18 hingga 35 tahun itu amat mencurigakan.
“Lantaran itu kita telah arahkan pihak kolej untuk menyerahkan pelajar terbabit untuk disiasat.
“Siasatan lanjut kami mendapati, mereka yang tampil ini semua memiliki visa palsu dan kami masih memburu empat lagi pelajar disyaki terlibat,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini semalam.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates