Thursday 5 September 2013

Pelakon seksi Che Ta Mahu Terbang Ke Landon Cari Barang Hantaran


Meskipun sehingga ke hari ini, pelakon jelita, Rozita Che Wan masih belum mengumumkan tarikh perkahwinannya namun dia merancang untuk terbang ke kota London bagi membeli barang hantaran untuk bakal suaminya, Zain Saidin.
Rozita Che Wan Mahu Borong Barang Hantaran Perkahwinan Di London
“Saya cadang nak beli barang hantaran di London. Sebab kat sana murah. Mungkin saya akan pergi dalam lima hari. Saya pergi mungkin penghujung Oktober ini,” ujar Rozita Che Wan yang dikhabarkan kota London merupakan ‘rumah’ kedua baginya untuk membeli belah
Jelasnya, Zain mungkin tidak akan pergi bersamanya ke London kerana bakal suaminya itu terikat dengan Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua.
Menurut pengurus che Ta, setakat ini ada lima tarikh dalam senarai mengikut kekosongan dewan namun mereka masih menunggu panggilan dari pihak pengurusan untuk mengesahkan tarikh sebenar.



No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates