Thursday 5 September 2013

Dr Mahathir - Najib Sangat Boros!



Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi membantu menurunkan defisit negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan penjimatan itu barulah kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.

“Seperti yang kita tahu sekarang, negara kini mengalami defisit. Kita pinjam terlalu banyak wang.

“Kalau kita tak pinjam wang, itu lebih baik. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan kerajaan (kerana) subsidi kita sangat tinggi,” katanya dalam sidang media Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2013, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang melihat tindakan kerajaan meningkatkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter sebagai satu mungkir janji yang terpaksa dilakukan ekoran perbelanjaan boros dan salah guna kewangan negara semasa PRU13.

Ketika ditanya mengenai cadangan penggunaan semula petrol RON92 untuk memberi pilihan kepada pengguna membeli petrol pada harga lebih murah, beliau enggan mengulas lanjut.

“Itu kena tanya perdana menteri, saya sudah lama bersara jadi saya tidak tahu banyak,” katanya 


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates