Sunday 8 September 2013

Menteri Pertanian - Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin, kurang mampu



Membaca laporan yang disiarkan oleh New Sabah Times mengenai ulasan tentang kenaikkan harga minyak oleh seorang Pembantu Menteri ini membuatkan aku terharu sekali..

Ini kerana baru aku sedar betapa mulianya hati Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya..

Beliau menanggung risiko berhadapan dengan sumpah seranah rakyat dengan menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen..

Beliau sanggup mengambil langkah kurang popular itu semata-mata untuk membantu orang miskin dan orang yang kurang berkemampuan rupanya..

KAlau aku tahu dari awal akan niat murni Kerajaan Barisan Nasional ini.. sudah pasti aku akan sokong jika harga minyak dinaikkan sehingga seringgit lagi bukannya 20 sen saja... 

Ini laporan penuhnya...

Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin, kurang mampu

KENINGAU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata, kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seperti yang diumumkan baru-baru ini adalah untuk membantu orang miskin dan orang yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, ini adalah sebuah inisiatif yang baik yang diambil oleh Perdana Menteri bagi memberi keutamaan pada golongan bawahan iaitu membantu golongan miskin.

“Kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter pada RON 95 dan 80 sen untuk diesel, dengan itu kenaikan harga sebanyak 20 sen bukanlah sebuah masalah yang besar bagi pengguna.” katanya.

Dalam pada itu Sairin berkata, pembangkang mengambil kesempatan menggunakan isu kenaikan harga minyak ini untuk mengapi-apikan masyarakat supaya rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Tambahnya, kerajaan telah membuat perancangan jangka panjang apa yang harus dilakukan dalam pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat, namun begitu apa yang pembangkang lakukan mereka hanya tahu menghasut rakyat dan membuat huru hara dilaman sosial dengan menyebarkan maklumat yang membangkitkan kemarahan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Keningau dan Tenom di Kompleks Sukan Daerah dekat sini, kelmarin.

Sairin berkata, saya yakin dan percaya, rakyat masih mendengar nasihat dan pandangan kerajaan. Rakyat tahu apa yang terbaik dan apa yang tidak untuk mereka percaya.

“Kerajaan adalah untuk rakyat dan rakyat adalah untuk kerajaan, daripada pemahaman ini wujud situasi menang-menang, iaitu kerajaan membantu rakyat dan rakyat membantu kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang harmoni,” jelasnya ~ New Sabah Times

Terharunya aku...

Terharu sebab sebegini bodoh punya kenyataan dikeluarkan oleh seorang Pembantu Menteri.. patutlah kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri-menteri merupakan kenyataan bodoh-bodoh belaka..


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates