Thursday 12 September 2013

Abang Umur 4 Tahun Masuk Gear Reverse Langgar Adik Dibelakang

 
MAYAT Mohd. Adam yang ditutup dengan kertas surat khabar selepas maut dirempuh kereta 'dipandu' abangnya di Taman Kerian, Parit Buntar semalam



Abang Umur 4 Tahun Masuk Gear Reverse Langgar Adik Dibelakang - IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila jasadnya ditemui dalam keadaan terduduk secara melutut dihimpit ke dinding rumah teres manakala kedua-dua belah tangan memegang selipar di Taman Kerian, Parit Buntar di sini semalam.
Lebih menyedihkan apabila tragedi pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku selepas abang mangsa yang berusia empat tahun menghidupkan enjin kereta bapanya sebelum kanak-kanak itu memasukkan gear undur.
Tindakan si abang itu menyebabkan kereta jenis Mazda tersebut bergerak secara mengundur lalu merempuh si adik yang berada di belakang kereta untuk memakai selipar.
Pesanan abang burn kepada diri sendiri dan semua awasi la anak-anak kecil kita kerana mereka nie hanya tahu seronok je, ibu bapa perlu memainkan peranan yang progresif dalam menangani perkara ini berlaku lagi


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates