Tuesday 10 September 2013

4 Beranak Maut Dihempas Kepala Lori




4 Beranak Maut Dihempas Kepala Lori - KAJANG – Perjalanan seorang guru Pendidikan Islam ke tempat kerja dengan membawa empat orang anak berakhir dengan tragedi pilu apabila empat daripadanya maut manakala seorang kritikal selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori semalam.
Kemalangan pukul 11.45 pagi di Kilometer 8 Jalan Kajang-Banting itu mengakibatkan guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Rohaya Md. Rabi, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Turut maut dalam kejadian itu ialah tiga anak Rohaya iaitu, Nur Nabila Al-Huda Mohd. Taufid, 9, Nur Nabila Al-Hanan, 7, dan Mohd. Nabil Lutfi Al-Hadif, 1.
Seorang lagi anaknya, Mohd. Nabil Lutfan Al-Husni, 3, kritikal dan kini dirawat di Hospital Kajang.
Nur Nabila Al-Huda, anak kedua, Nur Nabila Al Hanan, anak ketiga manakala Mohd. Nabil Lutfi Al Hadif, anak bongsu daripada tujuh beradik.
Difahamkan, mereka dalam perjalanan ke sekolah tersebut dari rumah di Taman Impian Putra, Bandar Seri Putra, Bangi. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 18 kilometer.




No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates