Sunday 22 September 2013

Gambar Bom Buatan Sendiri Di Kedah!

AHMAD menunjukkan bom buatan sendiri yang dirampas polis pada sidang akhbar di IPK Kedah di Alor Setar semalam.



Gambar Bom Buatan Sendiri Di Kedah! - ALOR SETAR - Polis Kedah berjaya menumpaskan kegiatan membuat bom yang dijalankan di Sungai Petani dengan penemuan 10 butir bahan letupan itu dalam serbuan di dua lokasi dalam Ops Cantas Khas kelmarin.
Dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 11.30 pagi itu, sembilan lelaki berusia 14 hingga 49 tahun diberkas.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pemeriksaan mendapati tiga daripada bahan yang dirampas itu telah siap dibuat manakala selebihnya masih dalam proses pembikinan.
Turut dirampas dalam serbuan di sebuah rumah dan bengkel itu ialah peralatan membuat bom seperti belerang, paip PVC dan besi.
"Siasatan mendapati kekuatan bom yang dihasilkan itu boleh membunuh dan sekiranya diletakkan di bawah kenderaan, ia boleh melambung setinggi tingkat dua atau tiga sesebuah bangunan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates