Saturday 21 September 2013

PANAS! ~ Ika Nabila Bidas Isu Gambar Bikini & Anjing

PANAS! ~ Ika Nabila Bidas Isu Gambar Bikini & AnjingKUALA LUMPUR, 20 SEPT 2013: Setelah dikatakan mengamuk dek kerana permintaan yang melampau daripada pengikutnya di Instagram, Ika Nabila telah memuatnaik gambar anjing di laman sosialnya itu sebagai habuan kepada pengikut-pengikut yang biadap itu.

Ika Nabila Jawab Isu Muatnaik Gambar Anjing & Bikini

Tindakan aktres berusia 24 tahun itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Tidak kurang yang menyokong dan sudah tentunya banyak juga yang menghentam ekoran tindakannya itu. Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim merasakan tindakannya itu wajar sebagai pengajaran kepada komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

"Mereka biadap dengan saya dan pengajaran untuk orang yang biadap pada saya wajar diajar sedemikian(memuatnaik gambar anjing). Saya memang sengaja nak bagi mereka terkejut supaya mereka sedar batas-batas kalau nak utarakan komen di Instagram.

"Saya tak suka nak layan orang yang biadap dan tidak ada budi bahasa seperti itu. Tapi pada saya jika mereka nak cari pasal, dengan komen melampau seperti itu, memang itulah caranya untuk sedarkan mereka.
"Tujuan saya memuatnaik gambar untuk kongsikan dengan peminat apa yang saya tengah lakukan. Kalau nak seksi dan sebagainya baik saya privatekan akaun saya,"jawab Ika ketika ditemui di acara peragaan busana Cheongsam The Weld Oriental Rhapsody di The Weld, Selasa, semalam.

Tindakan Ika dilihat seperti cepat melatah dan bertindak agresif dengan situasi tersebut namun pelakon Tanda Putera itu akui jika diberi pilihan dia tidak mahu dilihat sedemikian. Tetapi pada ketika itu dia yang sedang bercuti merasakan percutiannya terganggu kerana permintaan biadap pengikut di Instagramnya itu
"Bayangkanlah, saya sedang bercuti dan tujuan saya kongsi gambar itu untuk tatapan peminat saya. Lagipun saya bukannya pakai bikini, itu adalah baju selam skuba. Saya tidak tahu mengapa mereka fikir saya ini sengaja mahu mencetuskan kontroversi memuatnaik gambar saya menyelam ketika itu.

"Mereka yang salah tafsiran dan mencetuskan kontroversi dan saya hanya mahu mengajar mereka yang tiada kerja ini supaya tidak biadap. Itu sahaja. Saya tidak block pun mereka sebab saya nak ajar adab kalau nak komen di Instagram orang lain,"tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Ika berharap isu ini akan tidak berpanjangan kerana dia tahu ramai yang memberi perhatian kepadanya. Menurutnya, tindakan tersebut diambil untuk mengelakkan perkara sama berulang lagi dimasa akan datang.

Pada petang itu, Ika bersama selebriti tempatan lain telah tampil menggayakan cheongsam rekaan Sunny Ng daripada Shanghai Sin bersama penaja Rafflesia untuk acara The Weld Oriental Rhapsody yang turut menampilkan pereka Bill Keith, Keith Kee dan ratu cantik Ms Cosmos Chinese.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates