Thursday 5 September 2013

Suhaimi Baba Terima Ugutan Bunuh Jika Tayangakan "Tanda Putera"


Selaku pengarah bagi filem Tanda Putera, Datuk Shuhaimi Baba mendedahkan dia menerima ugutan bunuh dan ada pihak yang mahu membakar pejabatnya jika filem tersebut terus ditayangkan.
Pengarah Filem Tanda Putera Terima Ugutan Bunuh
“Ketika pengumuman tayangan filem ini dibatalkan tahu lalu, saya menerima ugutan bunuh. Individu terbabit juga mengancam mahu membakar pejabat saya sekiranya saya teruskan tayangan filem ini.
“Ada juga yang mahu campak saya ke neraka. Siapa yang tidak takut?,” kata Shuhaimi.
Pengarah Filem Tanda Putera Terima Ugutan Bunuh
Menurut Shuhaimi, beliau memilih untuk tidak melaporkannya kepada polis kerana yakin individu itu hanya berani bertindak demikian selagi identitinya tidak diketahui.
“Kami bertawakal kerana yakin nawaitu kami ketika menghasilkan Tanda Putera,” katanya.
Sebelum ini filem Tanda Putera mendapat liputan meluas kerana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengarahkan agar filem tersebut tidak ditayangkan di seluruh Pulau Pinang.
Penonton yang menontonkan filem tersebut pasti dapat memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan kepada umum tentang sejarah sebenar yang berlaku dengan tragedi 13 Mei 1969.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates