Angkara Cinta Ditolak Lelaki Ini Rogol Kekasih Sendiri| BERA - Gara-gara marah dan kecewa lamaran cintanya ditolak, seorang lelaki bagaikan dirasuk apabila bertindak kejam merogol wanita tersebut di dalam sebuah ladang getah di Kampung Menteri di sini awal pagi kelmarin.
Lebih dahsyat, mangsa yang juga seorang ibu tunggal terpaksa melalui detik menakutkan apabila dirogol dalam keadaan tangan dan kaki terikat selain muka dan mulut ditutup dengan kain.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek berusia 47 tahun yang telah berkahwin dikatakan bertindak nekad merogol mangsa selepas enggan menerima cintanya sebelum ini.
No comments:
Post a Comment