Monday, 9 September 2013

Atilia Berhasrat Mendirikan Rumah Tangga Hujung Tahun Ini

Atilia Berhasrat Mendirikan Rumah Tangga Hujung Tahun Ini - Pelantun lagu Kekanda Adinda, Atilia mengakui bakal mendirikan rumah tangga keduanya dengan seorang jurutera bunyi pada hujung tahun ini selepas bercinta selama empat tahun.
Atilia Bakal Kahwin Hujung Tahun Ini
“Kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini namun masih belum mempunyai tarikh sebenar.”
“Majlis tersebut akan dibuat secara kecil kecilan sahaja, hanya untuk keluarga. Kalau tidak jemput pihak media saya akan muat naik gambar dan informasi di laman sosial untuk semua,” katanya.
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi popular 70-an, Salamiah Hassan turut mengulas mengenai pemergian bekas suaminya dan dia mengakui terasa dengan kehilangan bekas suaminya, Allahyarham Ariff Johan Abdul Jalil, 47, yang meninggal dunia pada 7 Ogos lalu akibat penyakit kanser hati.
Tambanya, dia sempat menjaga bekas suaminya itu pada empat bulan terakhir sebelum pemergiannya.
Untuk makluman pembaca, Atilia dan Ariff Johan telah berkahwin selama 10 tahun, namun hubungan tersebut berakhir dengan perceraian pada Januari 2009.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates