Friday, 6 September 2013

Tembelang sepasang suami isteri Hidup Mewah Kantoi


TIGA bungkusan plastik serbuk putih disyaki syabu yang ditemui di dalam sebuah unit kondominium Ahad lalu.


KUALA LUMPUR – Tembelang sepasang suami isteri warga Iran yang hidup mewah dengan memiliki sebuah unit kondominium berharga RM2 juta di ibu negara terbongkar apabila mereka dikesan menjalankan aktiviti pengedaran dadah.
Dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah malam di rumah pasangan itu di Jalan Duta Hartamas, Sri Hartamas di sini Ahad lalu, polis menemui tiga plastik serbuk putih disyaki syabu seberat 1.16 kilogram.
Dadah yang ditemui di atas meja di ruang tamu di rumah itu dianggarkan bernilai RM170,000.
Ketika serbuan, polis memberkas seorang wanita berusia 41 tahun manakala suaminya yang dipercayai seorang ahli perniagaan tiada di rumah disyaki telah melarikan diri.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates