Sudah menjadi rahasia umum bahawa bahagian tubuh wanita yang paling seksi di mata lelaki adalah payudara. Hal ini juga telah dibuktikan oleh kajian terbaru yang mengesan pergerakan mata lelaki ketika melihat wanita.
Ketika memandang seorang wanita, pandangan lelaki tertumpu lebih lama pada bahagian dada daripada bahagian lain fizikal wanita. Hasil kajian ini pun semakin menimbulkan pertanyaan, mengapa, lelaki begitu taksub pada payudara?
Untuk mengatahui jawapannya, sejumlah penulis buku cuba menganalisis, dari pandangan emosional, biologi dan budaya. Hasilnya pun menyatakan, alasan lelaki taksub dengan payudara tak lain kerana pengaruh hormon yang dilepaskan ketika proses menyusui yang dialami lelaki ketika masih bayi.
Larry Young dan Brian Alexander, penulis buku "The chemistry between us: love, sex and the science of attraction" percaya itu adalah kerana hormon yang dilepaskan ketika menyusui.
Seperti diberitakan Daily Mail, hormon ini membantu untuk membentuk ikatan yang kuat antara ibu dan bayi, serta menciptakan hubungan untuk memelihara ikatan yang kuat antara kekasih.
"Lelaki adalah satu-satunya mamalia jantan yang terpesona oleh payudara dalam konteks seksual," kata Young.
Dan wanita, lanjut Young, adalah satu-satunya mamalia betina yang payudaranya membesar saat baligh, dan saat mengalami masa kehamilan.
Wanita, kata Young lagi, juga satu-satunya spesies yang boleh merasakan rangsangan di saat lelaki membelai, mengurut dan bahkan secara lisan merangsang payudara wanita selama foreplay dan melakukan hubungan seks.
Para penulis mengutip kejayaan Hooters, majalah lelaki dewasa seperti Playboy, dan "100,000 years of art" sebagai bukti yang jelas bahawa laki-laki benar-benar mempunyai kepentingan dalam payudara.
Namun, daya tarik itu adalah sifat, tidak boleh timbul kerana dipelihara.
"Anak laki-laki tidak belajar di tempat bermain bahawa payudara adalah sesuatu yang boleh membuat mereka merasa tertarik. Ini timbul secara semulajadi, ini merupakan proses biologi dan tertanam dalam-dalam pada otak manusia," tulis mereka.
No comments:
Post a Comment