Tuesday, 10 September 2013

Fizo Omar - Ya, Memang Saya Akan Bertunang

Fizo Omar - Ya, Memang Saya Akan Bertunang - Rasanya sekitar penghujung bulan Mei yang lalu, dikhabarkan aktor kacak kelahiran negeri Kelantan, Fizo Omar sudah putus cinta namun desas-desus terbaru mengatakan Fizo bakal melangsungkan majlis pertunangannya tidak lama lagi.
Fizo Omar Bakal Bertunang, Akui Dapat Restu Ibunya
Berita pertunangan tersebut turut disahkan oleh tuan badan sendiri namun enggan berbicara lebih lanjut mengenai isu berkenaan kerana semuanya masih dalam perancangan.
“Ya, memang saya akan bertunang tapi tak boleh cakap bila. Nanti bila dah tiba masanya saya akan umumkan kepada semua.”
“Buat masa ini masih belum tetapkan apa-apa lagi, semuanya masih dalam perancangan. Saya tak berani nak bercerita lebih lanjut kerana masih banyak yang perlu saya fikirkan sebelum membuat sebarang keputusan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fizo turut memaklumkan bahawa gadis yang sedang bertahta di hatinya bukanlah dari kalangan selebriti dan yang lebih penting hubungannya bersama gadis tersebut mendapat restu ibunya.
Tahniah kami ucapkan buat Fizo, semoga dipermudahkan urusannya untuk melangsungkan majlis pertunangannya bersama insan tercinta.



No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates