Jika sebelum Vokalis kumpulan Mojo diistiharkan muflis, kini timbul pula desas-desus mengatakan penyanyi rock negara, Amy Search turut menerima nasib yang sama.
Vokalis Rock Amy Search Diisytiharkan Muflis! - Dikhabarkan, Amy menghadapi masalah untuk selesaikan hutang perniagaan yang bernilai enam angka. Hutang tersebut berkaitan dengan sebuah konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009 yang lalu dan perkara ini telah pun dibawa ke mahkamah sehingga beliau di’isytiharkan muflis.
Menurut blog hiburan, gambar di atas merupakan satu salinan dokumen rasmi mahkamah yang didakwa sebagai notis pengisytiharan muflis Amy Search.
Jika perkara ini benar, kami berharap agar Amy Search dipermudahkan urusannya untuk membayar kembali hutang-hutang berkenaan.
No comments:
Post a Comment