Sunday, 8 September 2013

Perdana Menteri Jual Pesawat Untuk Beri Rakyat Makan



Demi untuk membantu rakyat, Perdana Menteri dilaporkan telah memotong gajinya sebanyak 30% dan menjual sebuah jet dengan harga USD15Juta serta puluhan buah kereta-kereta mewah yang digunakan oleh Menteri Kabinet.

Mesti semua fikir baiknyer  Perdana Menteri kitakan? padahal yang dilaporkan itu beliau adalah Perdana Menteri Malawi.

Perdana Menteri Jual Pesawat Untuk Beri Rakyat Makan


Kerajaan Malawi menjual pesawat presiden untuk memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan.

Dana yang diperoleh daripada jualan pesawat itu sebesar USD15 juta. Bahkan puluhan kereta mewah para menteri juga terpaksa dijual untuk menyokong program ini.

Presiden Joyce Kota menjadikan jualan pesawat tersebut sebagai prioriti pemerintahannya.

"Dana USD15 juta yang kami dapat dari penjualan jet presiden akan digunakan untuk membeli jagung tempatan untuk membantu memberi makan rakyat yang menderita, dan sebahagian lagi digunakan untuk pengeluaran kacang," kata juru cakap Kementerian Kewangan Malawi Nations Msowoya seperti dilaporkan oleh The Nation, Jumaat (6/9/2013).

Jualan pesawat kepada syarikat Virgin Islands, Bohnox Enterprise itu telah diumumkan Mei lalu. Jet mewah itu dapat mengeringkan perbendaharaan negara.

Sebabnya, kos penyelenggaraan dan insurannya mencapai USD300 ribu setahun.

Kerajaan Malawi pernah membuat negara-negara bantuan barat berang kerana ketika presiden terdahulu, mendiang Bingu Wan Mutharika telah membeli 14 pesawat penumpang Dassault Falcon 900EX pada tahun 2009 yang menyumbang 40 peratus daripada bajet.

England, penderma bilateral utama Malawi mengkritik pembelian pesawat tersebut. England bahkan mengurangkan bantuan untuk pemerintahan Mutharika hingga 3 juta pounds.

Keadaan ini menimbulkan goncangan ekonomi di tengah kelaparan yang melanda negeri itu.


Namun Kota yang menggantikan Mutharika yang meninggal akibat serangan jantung pada April 2012, mendapat pujian penderma Barat atas langkah-langkah penjimatan yang dilakukannya.

Wanita itu bahkan telah menurunkan gajinya sebanyak 30 peratus dan berjanji akan menjual 35 kereta negara Mercedes Benz yang digunakan para menteri kabinet. ~detik news

 Itu Perdana Menteri negara lain.. walaupun negaranya miskin beliau sanggup menjual aset milik negara yang digunakan oleh kroni-kroninya demi untuk membantu rakyatnya..

Tapi dinegara kita pula, Perdana Menteri hanya menyusahkan rakyat demi kesenangan kroninya.. contohnya subsidi untuk IPP itu...

Subsidi minyak kononnya terpaksa dikurangkan tapi subsidi IPP langsung tak berani disentuhnya..

Sikit info untuk dikongsi bersama tentang subsidi kepada IPP ini..

Setiap tahun, anggaran jumlah penggunaan petrol dan diesel adalah sebanyak 10 bilion liter (petrol) dan 6.5 bilion liter (diesel) .  
Pada kadar subsidi sebanyak 83 sen bagi seliter petrol dan RM1 bagi seliter diesel, jumlah subsidi petrol dan diesel adalah sebanyak RM14.8 bilion setiap tahun, iaitu hanya 59% dari jumlah subsidi bahan api yang dibelanjakan kerajaan.  
Sejumlah RM10 bilion subsidi (atau 41% peratus) setiap tahun adalah subsidi gas dan LPG yang ditanggung oleh kerajaan.  
Ini tidak termasuk anggaran subsidi gas kepada penjana bebas (IPP) sebanyak sekitar RM8 bilion setiap tahun.  
Ini bermakna, subsidi korporat yang diberikan melalui subsidi gas kepada industri dan penjana bebas (dianggarkan sekitar RM13 bilion setiap tahun) adalah hampir sama dengan subsidi petrol dan diesel yang diberikan kepada rakyat.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates