Malangnya kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka itu telah dilabel sebagai kenyataan bodoh oleh rakyat kebanyakkan..
Malah kenyataan yang dianggap sebagai kenyataan paling bodoh dalam mempertahankan tindakan Najib itu telah dikeluarkan oleh seorang Pembantu Menteri..
Kata beliau..Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin rupanya.. sila baca di ( SINI )
Gagal untuk menyakinkan rakyat Ugama pula dipergunakan untuk mempertahankan tindakan Najib itu..
Untuk mempertahankan tindakan Tuan yang memberinya makan dan meneruskan kemewahan hidupnya.. Ulama Muda UMNO menggunakan kepandaiannya untuk memperbodohkan rakyat..
Beliau telah menggunakan hadis-hadis untuk membela tindakan Najib menaikkan harga petrol baru-baru ini yang telah menyusahkan dan menambahkan lagi perit rakyat ekoran kebanyakkan harga barang telah turut naik..
Antara hujahnya yang disiarkan oleh Sinar Harian itu ialah..
Hal ini ditunjukkan dalam satu peristiwa di mana harga barang di pasar Madinah menjadi mahal pada zaman Nabi.
Anas bin Malik ra. berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’”
Jawab Baginda, “Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Abu Daud)
Banyak pelajaran yang boleh dipetik dari hadis yang mulia ini. Pelajaran terpenting adalah akidah; iaitu beriman setiap yang terjadi adalah qadarullah (ketetapan ALLAH).
Ini adalah rukun Iman keenam. Tindakan menyalahkan peniaga, kerajaan, pengundi adalah menyalahi akidah suci ini.
Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya “kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik”, kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia.
Siapa yang mengetahui kecuali ALLAH? Boleh jadi musibah lebih besar terjadi sekiranya hal itu berlaku.
Oleh itu Islam mengajar apabila berdepan situasi yang tidak disukai untuk mengucapkan Qaddarallah wama syaa-a fa’al (ALLAH telah menetapkan dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya).
Perintah ini sejajar dengan hadis kenaikan harga tadi, juga sabit dalam sabda Nabi, “Jika suatu musibah menimpamu, jangan kamu berkata:
Kalau aku lakukan begini tentu akan jadi begini dan begini’. Tetapi ucapkanlah, Qaddarallah wama syaa-a fa’al, kerana ‘kalau’ membuka pintu syaitan. (Riwayat Muslim) Di samping itu, menjadi kewajipan atas manusia untuk beriman bahawa yang meluaskan dan menyempitkan rezeki adalah ALLAH semata, dalam erti kata turun naik harga barang tidak mempengaruhi rezeki.
.. sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Bagaimanapun tindakan Fathul Bari yang berhujah bagi mempertahankan Najib dan dalam masa yang sama cuba mengelirukan ummat Islam di negara ini telah dibidas oleh Dr. Maza..
Beliau telah mengulas panjang lebar mengenai hadis yang digunakan oleh Fathul Bari..
Dalam hadis ini, Nabi s.a.w enggan menetapkan atau mengawal harga barang (price control policy). Baginda bimbang itu akan menzalimi peniaga. Ini sangat relevan dengan keadaan para peniaga pada zaman baginda, keadaan barangan yang diniagakan dan juga bentuk perdagangan yang ada ketika itu. Namun, apabila zaman berubah, sikap peniaga, keadaan pasaran (market situation) pun berubah. Jika price control policy tidak diwujudkan, para pembeli pula mungkin menjadi mangsa. Untuk itu kita dapati para sarjana fekah sejak dahulu ada yang memboleh penetapan harga oleh pihak berkuasa apabila melihat kepada perubahan keadaan.
Kata al-Munawi (meninggal 1031H) :
“Rabiah (bin ‘Abd al-Rahman) telah mengharuskan penetapan harga. Ini sebenarnya Mazhab ‘Umar, kerana itu akan memelihara sistem harga. Kata Ibn al-‘Arabi al-Maliki: sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan”.( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.).
Melalui laman FaceBooknya Dr. Maza menulis..
kepada yang menggunakan hadis harga barang untuk menyokong kenaikan harga, sila rujuk tafsiran bagi hadis itu di sini..apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan ‘Allah yang menaikkan harga bukan saya?!
Selain itu Dr. Maza juga menulis..
Itulah apa sering diamalkan dalam UMNO.. Apa yang menguntungkan mereka dalam Islam diambil tapi apa yang bertentangan dengan amalan mereka dibuang...
Tulisan Dr. Maza sepenuhnya itu sila baca di ( SINI )
No comments:
Post a Comment