Monday, 23 September 2013

Scha Al-Yahya Selesai Jalani Pembedahan Ketumbuhan Pangkal Rahimnya

 Scha Al-Yahya Selesai Jalani Pembedahan Ketumbuhan Pangkal Rahimnya - Pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir dikatakan baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahimnya pada awal September lalu.
Scha Al Yahya Ada Ketumbuhan Dalam Rahim?
Menurut isteri kepada Awal Ashaari ini, dirinya telah disahkan menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.
“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.
“Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,” katanya memetik laporan Metro Ahad.
Setelah menjalani pembedahan tersebut, doktor menyarankan Scha agar berehat selama sebulan namun disebabkan pengacara kelahiran negeri Kedah ini tidak biasa duduk diam, dia telah kembali berkerja setelah berehat selama dua minggu.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates