Thursday 27 March 2014

Hairan ! Pelik ! semuanya bergabung .

Cerita semalam…



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apa khabar anda semua? Saya harap anda sihat dari segi mental dan fizikal. Saya rasa saya sihat dari segi fizikal tapi tak rasa sihat dari segi mental dan emosi.

1. Kelmarin  saya perhatikan sidang media yang diadakan oleh pihak kerajaan dan pihak yang terlibat dalam misi kehilangan pesawat MH 370. Banyak soalan yang dikemukakan oleh pihak wartawan tapi  apabila jawapan diberikan, mereka rasa kecewa kerana asyik pi, mai, pi, mai, dok tang tu jugak. Lepas tu, menteri dan mereka yang mengadakan sidang akhbar tu cepat-cepat beredar bila ramai wartawan tak berhenti-henti bertanya.

2. Selepas tu, saya menonton pulak berita dalam Bahasa Mandarin yang menunjukkan wakil kerajaan Malaysia yang mengadakan sesi taklimat di Beijing, Negeri China. Saya terkejut melihat reaksi mereka yang mengadakan sesi tu. Saya nampak seorang pegawai ( Melayu) yang keluar dari bilik di mana sesi taklimat tu dengan cara tergesa-gesa kerana tak dapat menjawab soalan daripada pihak wartawan dan mungkin jugak waris penumpang di dalam pesawat tu.

3. Ada di antara mereka yang naik berang dan menjerit-jerit bila bercakap atau mengutarakan soalan. Insiden ni tak ditunjukkan dalam rancangan berita berbahasa Melayu. Kenapa... ya? Alasannya mestilah kononnya tak mahu merisaukankan hati waris penumpang pesawat tu. Apa natijahnya kalau mereka bersikap begini? Mungkin agaknya selepas ni susah jugak rakyat Malaysia ( terutama orang Melayulah tu) nak pergi ke negara tu nanti.

4. Satu lagi soalan yang ditanya oleh wartawan ialah adakah pesawat tu bawa barangan yang berharga? Jawapan yang diberikan ialah manggis  dan beratnya 4 tan metrik. Munasabahke pesawat eksklusif tu bawa buah manggis seberat tu sedangkan sekarang ni bukan musimnya dan waktu kemarau ni tak rosak ke kalau bawa buah tu?

5. Jawapannya yang tak logik telah membuktikan kelemahan  pihak pemerintah yang tak boleh beri apa-apa jawapan yang konkrit seperti yang diinginkan oleh semua pihak. Bila kerajaan Australia mengumumkan  satelit mereka nampak objek di Lautan Hindi, kerajaan Malaysia pulak kata tak semestinya objek tu serpihan daripada rangka MH 370 tu.

6. Tapi takkanlah kontena tiba-tiba boleh terapong-apong kat tempat terpencil yang dikeliling oleh jerung putih tu? Kemungkinankah bangkai pesawat ni telah dijumpai dan laporan yang berbelit-belit tu disiarkan adalah untuk melindungi sesuatu ...., tak???!!!Kalau ada ancaman atau tujuan untuk melaga-lagakan hubungan negara kita dengan Negara China, nampaknya pihak tertentu dah berjaya kot?

7. Bercakap tentang submarine yang tak boleh berfungsi tu kalau berlaku peperangan atau insiden seperti ini, saya teringat dulu sewaktu P.M. jadi Menteri Pertahanan. Jet-jet pejuang yang dibeli tu ialah kapal terbang yang nak dilupuskan oleh Kerajaan Amerika di kawasan pelupusannya. Masa tu berita tu diuar-uarkan oleh media luar negara. Isu itu pun heboh diperkatakan sebab banyak kapal terbang terhempas dan ramai juruterbang yang maut dalam kemalangan yang membabitkan pesawat tersebut. Kali ni submarine tu tak boleh digunakan sedangkan harganya yang berbilion RM tu boleh bayar hutang negara,tau! Siapa nak siasat perkara ni? Nak panggil C.I.A. ke ataupun N.Y.P. D.?

8. Sampai sekarang semua ni menjadi tanda tanya. Kotak hitam yang dibuat daripada titanium tu boleh jadi makanan ya'juj dan makjuj. Jadi, tak mustahil perkara ni kemungkinan boleh berlaku. Sebagai orang Islam, kita tak boleh menafikan hal ini.

Jadi, berdoalah untuk melihat kebenaran supaya misteri kehilangan MH 370 itu akan terjawab akhirnya.

Sekian dulu, wassalam.     


-Artikel bukan ditulis oleh admin

Artikel dihantar oleh Sang Pencheritera

sumber : Dramaraja.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates