Tuesday 25 March 2014

PANAS: 3 didakwa bunuh Ketua Wanita Umno


KOTA TINGGI – Tiga penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Ketua Wanita Umno cawangan Semenchu Zalfah Jamaluddin, 68, pada 28 Feb lalu.
Amirul Syahid Mohamad Razali, 20, Hairulnizam Salleh, 25 dan Mazlan Kassim, 21, kesemuanya dari Felda Semenchu didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di No.36, Blok 2, Felda Semenchu, pada 12.20 tengah hari.
Ketiga-tuga tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin, namun tiada pengakuan direkodkan.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates