Wednesday 5 March 2014

PANAS: Janda cair dibalun mat Afrika

KUALA LUMPUR  :  Seorang janda yang terpikat dengan sikap romantik seorang lelaki Afrika menyebabkan dia kini terseksa apabila wang simpanannya lesap dilarikan teman lelakinya itu.
Wanita terbabit yang berusia 44 tahun yang juga seorang pegawai bank seolah-olah tidak percaya teman lelakinya itu sanggup meninggalkannya sedangkan mereka bahagia dengan perhubungan yang dijalinkan hampir setahun lalu.
Paparan daripada akhbar Metro

Hanya dikenali sebagai Azie, mangsa berkata dia berkenalan dengan teman lelakinya itu di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada pertengahan tahun lalu.
“Sejak bercerai, hati saya seolah-olah tertutup bercinta lagi, namun apabila menemui Youssof yang berusia 10 tahun lebih muda daripada saya, hidup saya lebih bermakna.
“Youssof mendakwa datang ke negara ini sebagai pelajar, namun dia sentiasa meluangkan masa bersama saya menyebabkan diri rasa dihargai,” katanya ketika di temui baru-baru ini.

Menurutnya, setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan, dia mula mempercayai lelaki Afrika terbabit walaupun dinasihatkan rakannya untuk berhati-hati.
“Sebelum ini saya sering mendengar helah lelaki Afrika yang sering memperdayakan wanita tempatan, namun penangan cinta sejati Yousoff menjadikan saya buta hati untuk meninggalkannya.
“Apabila bercinta, semuanya indah hingga saya sanggup berkorban apa saja untuk dia termasuk melayan nafsunya serta memberikan wang ringgit,” katanya yang mula meminjamkan RM3,000 setelah sebulan berkenalan.
Namun, selepas itu, teman lelakinya itu sering meminta meminjamkan wang termasuk bagi membuat pembayaran sewa sebuah unit kondominium mewah di ibu negara sebagai lokasi mereka bermadu asmara.
“Setiap kali meminjamkan wang kepada Yousoff, dia berjanji akan memulangkan dua kali ganda wang terbabit. Kadang-kadang saya cuba menipunya untuk tidak memberikan wang, namun belaian Yousoff membuatkan saya cair.
“Dia bijak bermain kata-kata saya jatuh hati hingga tidak sanggup meninggalkannya apatah lagi saya sudah lama kesepian sejak ditinggalkan suami,” katanya.
Azie berkata, kali terakhir dia meminjamkan wang RM26,000 kepada Yousoff yang mendakwa kesempitan wang untuk membiayai yuran pengajiannya ialah bulan lalu.
“Sejak itu, Yousoff gagal dihubungi dan rumah sewanya juga kosong. Pada mulanya saya tidak mahu berprasangka buruk, namun akhirnya terpaksa akur yang saya diperdayakan.
“Wang simpanan lebih RM80,000 habis diserahkan kepadanya sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk pengajian dua orang anak saya yang masih bersekolah,” katanya yang membuat laporan polis kerana ditipu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghany yang ditemui mengesahkan laporan itu dan sedang menjejaki suspek.
“Siasatan awal mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu mendapati suspek menggunakan beberapa identiti dan kami sedang bekerjasama dengan kedutaan terbabit bagi menjejakinya,” katanya ketika dihubungi semalam.


Soalan:


1. Isteri telah mengaku telah melakukan zina dan meminta ampun kepada suaminya kerana telah melakukan zina di luar pengetahuan suaminya. Apakah yang patut dibuat isterinya itu?

2. Adakah dihukumkan dayus suami memaafkan kesalahan isterinya itu jika tidak diceraikan?

3. Jika dihukum dayus apakah fatwa supaya suami itu dapat bersama-sama semula?

Jawapan:

1. Dimaafkan dan ditutup hal ini.

2. Jika redha suaminya perbuatan haram isterinya adalah dayus, tetapi sedia maklum suami itu tidak redha dengan perbuatan haram isterinya adalah dayus, tetapi sedia maklum suami itu tidak redha dengan perbuatan haram isterinya hanya sekadar ia memaafkan, wajib ke atas perempuan itu bertaubat kepada Allah dengan taubat Nasuha dan merahsiakan perbuatannya itu jangan menceritakan kepada orang-orang maka suaminya pada ketika itu tidak dayus.

3. Tidak ada apa-apa seperti yang disebutkan dalam perenggan 2 di atas.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Johor
Badan yang mengisu fatwa : Mufti Kerajaan Johor
Penulis/Ulama : Dato' Said Alwe Bin Tahir Al- Hadad
Tarikh Diisu : 1936-1961



No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates