Friday 14 March 2014

PANAS: Mati terlentang, kaki diikat tali kasut


Alor Setar – “Sebaik masuk ke dalam bilik, saya terkejut melihat mangsa telentang kaku di atas katil dengan separuh badannya daripada pinggang ke atas berselimut.
“Saya pelik lalu memanggil pengawal keselamatan membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa meninggal dunia,” kata saksi kejadian yang enggan dikenali.
Dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari semalam, mayat lelaki berusia 60-an ditemui dengan kaki terikat tali kasut selain terdapat kesan jerutan pada leher di hotel, di sini.
Menurut wanita terbabit, sebelum kejadian dia ditugaskan mengemas bilik mangsa yang sepatutnya mendaftar keluar pada jam 12 tengah hari.
Katanya, sebaik membuka pintu bilik, dia melihat mangsa dalam keadaan mencurigakan dan memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan bertugas.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa beralamat terakhir di Kuala Lumpur dan mendaftar masuk ke hotel berkenaan sejak petang kelmarin sebelum mendaftar keluar tengah hari semalam.
Katanya, polis juga masih menyiasat butiran diri mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui selain meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya, lapor Hmetro.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates