Friday 7 March 2014

TIPS: Relakah kaki anda dimamah ulat? eee!! ngeri beb!!!!!!


Jangan gabra jangan nganga... meh nak cita,
ulat-ulat berkenaan berfungsi dengan memakan tisu yang sudah mati dan apabila menjumpai tisu yang hidup ulat-ulat itu akan berhenti daripada memakan bahagian tersebut... ni fakta yer, bukan auta..
Tapi proses untuk menyembuhkan luka pesakit bergantung kepada tahap teruk luka yang dialami pesakit tu.. kalau sakit gigi, takkan nak pakai ulat ni kan? hahaha!


Kalau luka di peringkat awal, ada tisu mati, kita letak ulat (larva) ini selama 48 jam, iaitu hanya sekali penggunaan. Maksudnya jika kita letak ulat itu hari ini, lusa baru kita akan buka (balutan).
Penggunaan ulat ini dalam penyucian luka memang bagus kerana ulat lalat ini mempunyai enzim yang mampu untuk mempercepatkan penumbuhan tisu.
 Ia juga penawar untuk luka-luka lain seperti luka akibat kemalangan, kebakaran dan seumpama.
Kaedah rawatan ulat ini tidak boleh digunakan bagi mereka yang baru mengalami luka dalam kemalangan, cuma bagi pesakit yang mempunyai tisu yang mati sahaja....... 


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates